5. Armour Bite Mouthpiece (Pelindung Gigi)
5. Armour Bite Mouthpiece (Pelindung Gigi)

5 inovasi dalam sukan renang yang patut guru dan pelajar tahu

Roshlawaty Md Raieh
06 Dec 2021 03:56pm
A
A
A

Seiring dengan peredaran masa dan perkembangan teknologi hari ini, idea inovasi dan kreativiti pastinya memberikan hasil transformasi ke arah kebaikan.

Begitu juga dalam sukan dan renang turut menampilkan pelbagai inovasi untuk membantu mereka melancarkan aktiviti dalam bidang tersebut.

Terdapat beberapa alatan inovasi yang telah digunakan perenang bagi memudahkan pergerakan mereka.

Antara inovasi dalam sukan renang yang sering digunakan oleh atlet negara dan luar negara adalah swimming Pro MP3 player, Tracking Progress in Aquatic Therapy, Speedo LZR, alat pencari bakat dan Armour Bite Mouthpiece (pelindung gigi).

Setiap inovasi yang dinyatakan ini penting bagi setiap perenang untuk kekal aktif dalam sukan berkenaan.

Jom lihat kegunaan inovasi tersebut.

1) Swimming Pro MP3 Player

Alat ini merupakan satu inovasi baharu dalam sukan renang kerana mampu memberikan kelainan kepada pengemar sukan tersebut.

Swimming Pro MP3 Player adalah peranti yang boleh digunakan di dalam air. Ia juga boleh memainkan lagu MP3 dan memiliki beberapa kemudahan lain yang sangat berguna.

Dilengkapi dengan ruang memori 4GB, Swimming Pro MP3 Player boleh digunakan di dalam air masin dan klorin serta mampu bertahan sehingga tiga meter di dalam air. Ia turut memiliki sistem untuk mengira strok yang dilakukan, mengira jarak renangan di dalam air dan kalori yang berjaya dibakar setiap kali berenang.

2) Tracking Progress in Aquatic Therapy

Alat ini adalah untuk mengukur daya kekuatan kaki bahagian atas semasa melakukan latihan larian di dalam air. Aquanex ini juga boleh mengukur bahagian kaki mana yang lemah dan boleh juga digunakan untuk terapi pemulihan.

Baca juga Jurulatih renang, Cikgu Abdul Latif akan terus berbakti selagi diperlukan 

Baca juga Cara mudah buang password di PDF, sangat berguna untuk cikgu-cikgu tahu!

3) Armour Bite Mouthpiece (pelindung gigi)

Berupaya untuk meningkat keupayaan seorang atlet terutama pemain hoki, silat, taekwando, ragbi dan lain-lain.

Pelindung gigi ini membantu meningkatkan kuantiti udara yang masuk ke dalam tubuh pengguna.

Ia menempel dengan bentuk deretan gigi bawah sehingga mampu membantu mempertahankan kerenggangan optimal antara deretan gigi dan mencegah kecenderungan mengatupkan rahang saat bersukan.

4) Alat pencari bakat

Ia dicipta untuk mengenal pasti bakat awal kanak-kanak dalam sukan tertentu di samping dapat menguji tahap ketangkasan setiap individu mahupun atlet sukan.

Selain itu, ciptaannya juga berkemampuan mengukur tahap kecergasan diri seseorang sekali gus menentukan jenis sukan yang sesuai disertai individu berkenaan sama ada boleh bermain badminton, skuasy, tenis, judo, renang dan sebagainya.

Ia bergantung kepada ukuran tahap ketangkasan atau kelajuan pergerakan tubuh badan dalam keadaan stabil juga seimbang yang diperoleh daripada mesin tersebut.

Ia juga bertindak sebagai alat latihan sampingan sekiranya seseorang atlet mengalami kecederaan dan tidak dapat menjalani latihan seperti biasa. Cara penggunaan alat ini hanya perlu menekan butang mula dan memilih aplikasi yang bersesuaian sebelum melompat ke enam arah berlainan.

5) Speedo LZR

Pakaian renang Speedo LZR ini menggunakan polimer sintetik yang disebut membran poliuretena di mana polimer ini berjaya mengurangkan daya heretan sebanyak 24 peratus.

Pakaian ini tidak menggunakan sebarang jahitan benang sebaliknya menggunakan teknik kimpalan ultrasonik (ultrasonic welding) untuk menambahkan lagi pengurangan terhadap daya heretan dan terdapat satu bahan penstabil yang baru dicipta. Ia dapat memberikan keseimbangan amat baik kepada perenang sepanjang berenang dalam perlumbaan.

Semasa dalam rangka penghasilkan pakaian ini, Speedo telah menggunakan teknik imbasan badan kepada lebih 400 atlet elit untuk mendapatkan bentuk, saiz dan kontur yang optima.

Penggunaan komputer (suatu perisian permodelan numerik) dalam dinamik bendalir, berjaya mengenal pasti bahagian badan yang menghasilkan daya heretan tertinggi justeru memudahkan panel poliuretena untuk mereka bentuk pakaian.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/ 

Lebih menarik lagi, penghasilan pakaian ini menggunakan terowong angin (wind tunnel) NASA untuk memasti dan menghitung daya heretan terhadap 60 jenis fabrik lain berbanding membran poliuretena.

Langkah ini kemudiannya dibantu pula dengan kehadiran pancutan air dari dalam terowong ke atas patung dan perenang sebenar untuk mengoptimakan penggunaan pakaian tersebut.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok