uthm
uthm

Ruzairi dilantik sebagai Naib Canselor UTHM yang baharu

Nor Azma  Muhamat LailaNor Azma  Muhamat Laila
11 May 2022 04:26pm
A
A
A

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengumumkan pelantikan Profesor Ts Dr Ruzairi Abdul Rahim, 55, sebagai Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang baharu, berkuatkuasa mulai 9 Mei 2022.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan KPT, Ruzairi dilihat mampu meneraju UTHM sebagai salah sebuah universiti awam (UA) dalam rangkaian Malaysian Technical University Network (MTUN) berdasarkan pengalaman pentadbiran yang luas dan reputasi akademik yang dihormati.

"KPT yakin dengan pengalaman luas yang ada pada Ruzairi, beliau mampu melonjakkan UTHM sebagai Global Technopreneur University menjelang 2030.

"Kementerian turut mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan dan terima kasih kepada Profesor Datuk Ts Dr Wahid Razzaly atas jasa bakti beliau sebagai Naib Canselor UTHM yang lalu," katanya.

Ruzairi berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang Electronic System & Control Engineering dari Sheffield City Polytechnic, United Kingdom dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Electronic Instrumentation Engineering dari The Sheffield Hallam University, United Kingdom.

Beliau juga merupakan Dekan Fakulti Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan pernah menjawat jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTHM untuk tempoh tiga tahun bermula dari 2016 hingga 2019.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok