Ujian-ujian itu secara nyata membuka jalan kepada aplikasi dunia sebenar bagi mesin pintar bersaiz mini ini. Foto hiasan
Ujian-ujian itu secara nyata membuka jalan kepada aplikasi dunia sebenar bagi mesin pintar bersaiz mini ini. Foto hiasan

Saintis China hasilkan robot mini untuk pemantauan dalam tubuh

21 Sep 2025 10:30pm

Sekumpulan saintis China berjaya menggabungkan fungsi pengesanan dan kawalan dalam satu mesin bersaiz butiran, sekali gus membuka potensi untuk pemberian dos ubat yang lebih tepat serta pemantauan fisiologi secara in-situ, lapor Xinhua.

Penyelidik dari Universiti Sains dan Teknologi Huazhong di wilayah Hubei, tengah China, bersama Universiti China Hong Kong di selatan negara itu, membangunkan robot magneto-ultrasonik berukuran 1.3 milimeter lebar yang boleh mengesan serta mengawal parameter persekitaran seperti daya, getaran, kelikatan dan suhu secara tanpa wayar, menurut laporan yang diterbitkan dalam jurnal Science Robotics minggu ini.

Dengan keupayaan mengesan rangsangan dan menukarkannya kepada isyarat ultrasonik, robot seberat 4.6 miligram ini turut mampu mengendalikan objek halus seperti telur salmon, seperti ditunjukkan dalam ujian model haiwan.

Penyelidik juga membuktikan bahawa versi termometer robot ini boleh mengesan perubahan suhu pada model babi, manakala versi kapsul pula mampu menyampaikan dos cecair yang tepat secara tanpa wayar ke dalam perut arnab hidup serta mengukur tahap dos berkenaan dari semasa ke semasa.

Ujian-ujian itu secara nyata membuka jalan kepada aplikasi dunia sebenar bagi mesin pintar bersaiz mini ini. - Bernama-Xinhua

 

Artikel Berkaitan:

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp