HomeBuletinSekolah boleh mohon sumbangan infrastruktur Selangor, tarikh tutup 31 Mac

Artikel Berkaitan

Sekolah boleh mohon sumbangan infrastruktur Selangor, tarikh tutup 31 Mac

SHAH ALAM – Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pengelola sekolah boleh membuat permohonan bagi Program Bantuan Infrastruktur Sekolah Negeri Selangor yang telah dibuka bermula semalam.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan permohonan tersebut boleh dibuat secara dalam talian sehingga 31 Mac ini.

Baca juga

Proses tender naik taraf fasiliti sekolah di Miri selewat-lewatnya Februari ini – Radzi

RM2 juta bajet naik taraf sekolah agama di Kelantan

“Program ini menawarkan bantuan membaik pulih infrastruktur mahupun membiayai pembinaan struktur baru.

“Usaha ini adalah bukti kerajaan negeri sentiasa mengutamakan agenda pendidikan di Selangor,” katanya.

Program Bantuan Infrastruktur Sekolah Negeri Selangor bertujuan membantu mengekalkan dan menambah baik kemudahan sekolah kerajaan dan swasta dengan sumbangan sehingga RM50,000.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mac ini.

Sekolah yang layak memohon adalah sekolah agama rakyat atau agama integrasi yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Di samping itu, sekolah mubaligh, maahad integrasi tahfiz sains, sekolah jenis kebangsaan (Cina dan Tamil) serta sekolah menengah jenis kebangsaan termasuk persendirian juga boleh mendapatkan bantuan.

Pengelola sekolah dan PIBG sebagai wakil untuk memohon.

Pihak yang berkenaan hendaklah mendaftar akaun baru sebelum mengiisi borang di laman sesawang https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/.

Tujuan permohonan bantuan mestilah di atas sebab-sebab membaik pulih ataupun membina kelas, pintu kelas, bangunan sekolah, asrama, pagar sekolah, kantin, surau, bumbung bocor, tandas, dinding, susur gajah, perpustakaan, gelanggang bola keranjang, bilik guru, perpustakaan, perparitan, makmal sains, komputer, cat, paip air, pendawaian elektrik, tingkap, kerusi, meja dan lain-lain.

Senarai semak dokumen yang diperlukan adalah struktur pentadbiran sekolah, sebut harga, gambar kerosakan bangunan atau peralatan, salinan muka hadapan bank PIBG, surat pelantikan dan salinan bil utiliti seperti elektrik, air dan telefon sekolah.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Urusetia Unit Pendidikan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di talian 03-55212279.

Artikel Terkini