Sekolah Malaysia Econsave-MyCARE di yang mula beroperasi sejak September lalu memberi peluang kepada 400 anak-anak pelarian kembali menuntut ilmu selepas dilanda perang
Sekolah Malaysia Econsave-MyCARE di yang mula beroperasi sejak September lalu memberi peluang kepada 400 anak-anak pelarian kembali menuntut ilmu selepas dilanda perang

Sekolah Malaysia Econsave-MyCARE mula operasi buat kanak-kanak di Syria

AZLEENDA SAHALUDIN
20 Dec 2023 01:42pm
A
A
A

Konflik yang berlaku di Syria melumpuhkan beberapa sektor termasuklah pendidikan.

Namun, ia kembali menyinar dan subur selepas Sekolah Malaysia Econsave-MyCARE di kem pelarian Atta memulakan operasinya dua bulan lalu.

Sekolah yang dibiayai Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) dan Pasar Raya Econsave (Econsave) berjumlah RM1 juta itu merupakan sumbangan rakyat negara ini yang dibuka pada September lalu.

Dr Mohd Zin (kiri) dan Mas Imran merasmikan Sekolah Malaysia Econsave-MyCARE di perkampungan pelarian Atta, Al-Azaz, Syria pada Selasa
Dr Mohd Zin (kiri) dan Mas Imran merasmikan Sekolah Malaysia Econsave-MyCARE di perkampungan pelarian Atta, Al-Azaz, Syria pada Selasa



Dr Mohd Zin dan Mas Imran (tengah) merakam kenangan bersama murid Sekolah Malaysia Econsave-MyCARE di perkampungan pelarian Atta, Al-Azaz, Syria pada Selasa
Dr Mohd Zin dan Mas Imran (tengah) merakam kenangan bersama murid Sekolah Malaysia Econsave-MyCARE di perkampungan pelarian Atta, Al-Azaz, Syria pada Selasa

Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Dr Mohd Zin Kandar berkata, usaha membina sekolah dilakukan kerana menyedari bidang pendidikan amat penting walaupun di negara yang sedang bergolak atau selepas dilanda konflik.

"Pendidikan penting dan hak semua dalam membina kehidupan. Ini juga ada dinyatakan dalam konteks agama iaitu usaha meningkatkan aspek jati diri, masyarakat dan keluarga.

"Mungkin ada projek lain nanti kerana permintaan banyak. Selepas ini mungkin kita akan usahakan bina kolej atau universiti pula. Malaysia boleh menjadi inspirasi di negara bergolak. Kita boleh eksport kepakaran dan kekuatan Malaysia ke negara ini.

Artikel Berkaitan:

"MyCARE dan Econsave akan bekerjasama dengan semua pihak sama ada dengan kerajaan atau bukan kerajaan untuk merealisasikannya," katanya yang juga Penasihat MyCare Johor.

MyCARE dan Econsave kini dalam Misi Kemanusiaan MyCARE-Econsave yang bermula dari 18 sehingga 30 Disember ini di Syria dan Yemen.

Hadir sama ialah Pengurus Besar Pasar Raya Econsave, Mas Imran Adam dan Pengurus MyCARE Johor, Rozi Abdul Ghani.

Sementara itu, Mas Imran berkata, sekolah rendah berkenaan yang mula dibina pada tahun lalu siap sepenuhnya pada pertengahan tahun ini, mempunyai sembilan bilik darjah dan 400 murid daripada kalangan anak-anak pelarian dari negara ini.

Jelasnya, itu merupakan sekolah kedua diusahakan pihaknya dan MyCARE selepas membina sekolah khusus untuk anak-anak yatim di Gaza, Palestin dengan kos RM2.6 juta.

"Kita akan lakukan majlis pecah tanah untuk sebuah lagi sekolah di Yemen dengan kos RM1 juta pada hujung tahun ini. Ini merupakan sekolah ketiga yang diusahakan pihak kami," ujar beliau.

Dalam pada itu, Guru Besar Sekolah Malaysia Econsave-MyCARE, Ahmad Al Ahmad, 47, berkata, lebih ramai anak-anak pelarian akan belajar dihantar ke sekolah itu pada masa akan datang kerana ibu bapa menyedari kepentingan pendidikan untuk masa hadapan.

Katanya, ibu bapa murid berkenaan yang melarikan diri ke daerah ini akibat peperangan percaya pendidikan akan dapat mengubah nasib mereka.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok