Tarikh tutup semakan ringkasan keputusan SPM 2022 adalah pada 14 Jun ini
Tarikh tutup semakan ringkasan keputusan SPM 2022 adalah pada 14 Jun ini

Semakan ringkasan keputusan SPM 2022 hingga 14 Jun ini

ROSHLAWATY MD RAIEH
09 Jun 2023 04:25pm
A
A
A

Lembaga Peperiksaan Rasmi menerusi laman Facebooknya pada Rabu memaklumkan calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang masih belum mengetahui keputusan mereka, boleh berbuat demikian dengan membuat semakan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Semakan ringkasan keputusan SPM 2022 secara SMS itu boleh dilakukan mulai 8 Jun hingga 6 petang14 Jun 2023.

Untuk membuat semakan, ada beberapa langkah ringkas yang harus dilakukan dengan menaip SPM Nombor Kad Pengenalan Angka Giliran dan hantar ke 15888.

Contoh: SPM 051001105620 AA234A199

Kepada calon yang ingin mengetahui keputusan mereka, anda perlu memastikan nombor kad pengenalan dan angka giliran seperti yang didaftarkan dalam peperiksaan.

Sekiranya berlaku kelewatan penerimaan SMS, ia mungkin disebabkan trafik semakan yang tinggi.

Akhir sekali, pengguna akan dicaj 15 sen untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan SMS mengikut kadar perkhidmatan oleh rangkaian telekomunikasi pada tahun sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok