Semakan tawaran SVM ke Sekolah Khusus 2022 bermula 15 Mac

Adlan Farhan Azwan
10 Mar 2022 07:15pm
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan tarikh semakan tawaran kemasukan Tingkatan Satu, Tingkatan Empat dan Tahun Satu Sijil Vokasional Malaysia (SVM) ke Sekolah Khusus Tahun 2022 adalah pada 15 Mac 2022.

Menurut Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, semakan tawaran boleh dilakukan melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my bagi kemasukan ke Tingkatan Satu dan https://spskt4.moe.gov.my bagi kemasukan ke Tingkatan Empat serta Tahun Satu SVM.

Baca juga

Guru interim berjaya temu duga SPP bakal dapat lantikan secara tetap

Guru interim Bahasa Inggeris bakal dilantik tetap PPP Gred DG41

“Tawaran kemasukan Sekolah Khusus ini melibatkan Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) bawah Kementerian Pertahanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata pihaknya telah menetapkan bahawa tarikh pendaftaran murid baharu ke Sekolah Khusus adalah seperti berikut:

(a) Pendaftaran secara dalam talian bagi murid baharu Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di SBP dan SMKA adalah pada 21 Mac 2022 hingga 25 Mac 2022;

(b) Pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu Tingkatan Empat di SBP dan SMKA adalah pada 5 April 2022;

(c) Pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu Tingkatan Satu di SBP dan SMKA akan dimaklumkan oleh KPM;

(d) Pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu Tingkatan Empat dan Tahun 1 SVM di SMT dan KV adalah pada 7 April 2022; dan

(e) Pendaftaran bagi murid baharu Tingkatan Empat ke MTD akan dimaklumkan melalui laman sesawang http://www.rmc-education.edu.my/

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Turut dilampirkan di bawah ialah ringkasan maklumat berkaitan pendaftaran murid.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok