bully-655660_640
bully-655660_640

Semua pihak perlu peka isu buli

Norliza Wasilan
05 Sep 2022 10:21am
A
A
A

Gejala buli perlu diatasi ke akar umbi

Perlakuan buli dilihat menjadi satu fenomena yang merisaukan sejak akhir-akhir ini. Walaupun kes buli yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah sering terpapar di dada-dada akhbar dan tidak kurang juga hukuman-hukuman yang dikenakan kepada mereka yang bersalah, nampaknya ia langsung tidak memberi kesan kepada si pelaku.

Apa yang lebih membimbangkan ialah perlakuan buli di negara ini kebanyakannya berlaku dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.

Persoalannya, sampai bilakah perkara ini akan berterusan? Tiadakah jalan penyelesaian atau kesudahannya?

Perkara sebegini pastinya bukan sahaja menimbulkan trauma terutamanya kepada mangsa buli dan juga ibu bapa malah timbul persoalan kenapa perkara ini boleh berlaku dan hari ini selamatkah institusi pengajian untuk pelajar?

Menurut statistik yang pernah dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan sekitar Mei lalu, sebanyak 38 kes buli berlaku di sekolah-sekolah dalam negara untuk tempoh empat bulan pertama tahun ini bermula Januari.

Katanya, daripada jumlah itu, lapan kes dilaporkan di Pahang manakala tujuh kes di Terengganu.

Tambah beliau, Melaka, Kelantan dan Negeri Sembilan pula masing-masing merekodkan empat kes, selebihnya adalah Selangor (tiga), Johor (dua), Kedah (dua), Kuala Lumpur (dua) dan Perlis juga dua kes.

Dalam pada itu, Abd Jalil turut menasihatkan ibu bapa agar mengambil berat akan kes buli ini selain pemantauan oleh pihak sekolah dalam menentukan disiplin pelajar agar sentiasa terpelihara.

Tegasnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkatkan lagi penglibatan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) untuk memastikan tiada elemen kongsi gelap yang cuba masuk ke sekolah dan merekrut ahli baharu dalam kalangan pelajar.

Pada masa yang sama PDRM turut mengalukan apa juga maklumat yang boleh dikongsi bagi menjadikan sekolah sebuah tempat selamat bagi pelajar menuntut ilmu.

Buli boleh dikawal

Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah, Jaringan Industri dan Masyarakat) Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Zainal Madon.

Sementara itu, Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah, Jaringan Industri dan Masyarakat), Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Zainal Madon berkata, antara kaedah bagi membantu mengurangkan buli ialah keupayaan membabitkan kawalan kendiri.

Beliau berkata, kawalan kendiri ini menekankan kepada beberapa aspek antaranya pemikiran, mengawal kemarahan dan kawalan emosi.

Ujarnya, sekiranya seseorang itu mampu berfikir dengan mengambil kira kesan dan akibat, maka ia secara tidak langsung membantu mereka menjauhkan diri daripada terjebak dengan perkara negatif.

“Semuanya berpusat kepada cara kita berfikir, contohnya apabila kita sentiasa memikirkan masa depan maka kita tidak akan berani melakukan kesalahan atau menganiaya orang lain.

“Contoh lain yang kita boleh tengok, kalau kita memandu laju, dalam kepala akan berfikir laju sangat nanti macam mana jika berlaku kemalangan, siapa yang susah, kitakah atau orang lain?,” katanya.

Mengenai aspek mengawal kemarahan pula, Dr Zainal berkata, sebagai manusia biasa memang tidak akan terlepas daripada sikap marah atau geram yang disebabkan oleh ketidakpuasan hati terhadap sesuatu isu. Oleh itu, ujarnya, ketika seseorang itu mempunyai masalah maka mereka harus segera mencari jalan keluar untuk mengatasinya.

“Terdapat banyak cara untuk lepaskan marah atau geram antaranya dengan bersukan, mungkin pada masa itu dia tengah marah sangat kepada seseorang, jadi dia boleh lepaskannya dengan bersukan, tendanglah bola sekuat hati sebagai contoh.

“Ataupun boleh juga melepaskan perasaan marah itu di tempat (kawasan lapang yang tidak ada orang) yang dia boleh menjerit dengan sekuat hati, luahkanlah apa yang terbuku dalam hati.

“Malah amalan seperti mengambil wuduk juga boleh dilakukan untuk yang beragama Islam bagi meredakan kemarahan,” ujarnya lagi.

Gambar hiasan.

Mengenai kawalan emosi pula, Dr Zainal berkata, ia boleh dilakukan dengan cara memikirkan aspek untung dan rugi seperti dalam aktiviti ekonomi.

“Pendekatan ini membolehkan seseorang itu memikirkan sesuatu tindakan seperti orang berniaga, contohnya apa untung kalau kita buat begini dan apa rugi kalau buat begitu.

“Jika kita lakukan cara ini maka tindakan akan lebih terkawal dan pemikiran pula menjadi lebih rasional seterusnya memberi lebih keuntungan berbanding kerugian,” ujarnya.

kalau kita memandu laju, dalam kepala akan berfikir laju sangat nanti macam mana jika berlaku kemalangan, siapa yang susah, kitakah atau orang lain?,” katanya.

Mengenai aspek mengawal kemarahan pula, Dr Zainal berkata, sebagai manusia biasa memang tidak akan terlepas daripada sikap marah atau geram yang disebabkan oleh ketidakpuasan hati terhadap sesuatu isu. Oleh itu, ujarnya, ketika seseorang itu mempunyai masalah maka mereka harus segera mencari jalan keluar untuk mengatasinya.

“Terdapat banyak cara untuk lepaskan marah atau geram antaranya dengan bersukan, mungkin pada masa itu dia tengah marah sangat kepada seseorang, jadi dia boleh lepaskannya dengan bersukan, tendanglah bola sekuat hati sebagai contoh.

“Ataupun boleh juga melepaskan perasaan marah itu di tempat (kawasan lapang yang tidak ada orang) yang dia boleh menjerit dengan sekuat hati, luahkanlah apa yang terbuku dalam hati.

“Malah amalan seperti mengambil wuduk juga boleh dilakukan untuk yang beragama Islam bagi meredakan kemarahan,” ujarnya lagi.

Gambar hiasan.

 

Mengenai kawalan emosi pula, Dr Zainal berkata, ia boleh dilakukan dengan cara memikirkan aspek untung dan rugi seperti dalam aktiviti ekonomi.

“Pendekatan ini membolehkan seseorang itu memikirkan sesuatu tindakan seperti orang berniaga, contohnya apa untung kalau kita buat begini dan apa rugi kalau buat begitu.

“Jika kita lakukan cara ini maka tindakan akan lebih terkawal dan pemikiran pula menjadi lebih rasional seterusnya memberi lebih keuntungan berbanding kerugian,” ujarnya.

PORTAL ADUAN BULI

18 Ogos 2022 - Portal aduan buli dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM)

22 Ogos 2022 - Portal aduan buli merekodkan 19 aduan sejak dilancarkan 18 Ogos 2022

25 Ogos 2022 - Portal aduan buli merekodkan 69 aduan sejak dilancarkan

JUMLAH KES BULI YANG DISABITKAN KESALAHAN DI SELURUH NEGARA 2018 – 264 kes

2019 –244 kes

2020 –122 kes

2021 –50 kes

2022 (Januari – Julai) –122 kes

Artikel berkaitan

KPM lancar portal aduan buli

Pelaksanaan ‘spotcheck’ mengejut, tangani isu buli di sekolah berasrama

Lagi kes buli melibatkan pelajar sekolah, pelajar cedera disebabkan rebut perempuan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok