pdrm
pdrm

Pelaksanaan ‘spotcheck’ mengejut, tangani isu buli di sekolah berasrama

Rasyidah Zulkifi
17 Aug 2022 09:15am
A
A
A

Untuk menangani isu buli, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini menjalankan ‘spotcheck’ atau pemeriksaan mengejut di sekolah-sekolah berasrama di negeri berkenaan.

Menurut Exco Pendidikan dan Teknologi negeri, Datuk Rais Yasin, kes buli semakin diperkatakan oleh masyarakat sejak akhir-akhir ini meskipun pelbagai usaha dilakukan.

“Kerjasama daripada mangsa buli dan ibu bapa juga diperlukan bagi membolehkan tindakan awal diambil dan siasatan dapat dilakukan.

“Alhamdulillah setakat ini makluman kepada saya, JPN sentiasa memantau dan menitikberatkan aspek keselamatan pelajar,” katanya.

Sambung beliau, sepanjang dilantik menjadi Exco hanya terdapat satu sahaja kes buli dikesan dan berjaya diatasi dalam tempoh masa yang singkat.

Rais berharap agar pihak JPN Melaka agar sentiasa memantau keadaan pelajar di asrama dari semasa ke semasa.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen ke-8 Melaka International College of Science & Technology (MiCoST), baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah MiCoST, Datuk Wira Dr Abu Bakar Mohamad Diah dan Ketua Eksekutif MiCoST Akmal Abdul Manap.

Info:

Tular mengenai kejadian buli di platform media sosial dipercayai berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan, Pahang yang membabitkan pelajar perempuan.

Difahamkan kejadian itu sudah berlarutan lebih sebulan lalu, tetapi pengadu yang dipercayai ibu bapa mangsa mendakwa pihak MRSM bertindak sambil lewa bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Artikel berkaitan

Tangani isu obesiti murid, ujian BMI 5-9T berkuat kuasa 21 Mac

Pemergian secara mengejut, dunia pendidikan kehilangan ramai guru-guru berkaliber dan berhati mulia

Ini kebaikan Sekolah Berasrama Penuh yang pelajar perlu tahu!


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok