Bakat luar biasa murid kelas akhir curi perhatian ramai.
Bakat luar biasa murid kelas akhir curi perhatian ramai.

'Sentuhan ajaib murid kelas akhir' - Guru dedah bakat melukis anak didik!

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
07 May 2025 10:59am

Baru-baru ini, tular satu hantaran menceritakan tentang kehebatan seorang murid Tahun Enam yang memiliki bakat luar biasa dalam bidang seni lukis sekali gus membuktikan bahawa kecemerlangan tidak hanya terletak pada akademik semata-mata.

Dalam hantaran dimuat naik oleh gurunya yang dikenali Haiqal Iskandar, murid berkenaan digambarkan sebagai murid biasa dari kelas terakhir, namun memiliki sentuhan seni yang istimewa apabila berjaya menghasilkan lukisan kartun kegemarannya dengan sangat tepat, seakan-akan salinan asal.

"Akademiknya mungkin biasa sahaja, tapi korang tengoklah bakat dia ni. Talented & kreatif berseni. Dia boleh lukis kartun kegemarannya sebijik-sebijik. Kagum dengannya," kata guru berkenaan di media sosial sekali gus berkongsi koleksi gambar hasil lukisan murid terbabit.

No Image Caption

Susulan gambar yang dimuat naik oleh Cikgu Haiqal, warga maya mula melahirkan rasa kagum dan memuji kebolehan murid tersebut yang dianggap mampu pergi jauh dalam dunia seni lukis.

"Bukan semua murid cemerlang akademik, tapi setiap murid ada keistimewaan tersendiri. Kita sebagai guru dan ibu bapa kena bijak kenal pasti dan gilap potensi itu."

"Boleh masuk sekolah seni. Bakat tu kalau digilap lagi mesti boleh pergi jauh."

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

"Biasa yang kelas terakhir memang ada bakat yang terpendam. Walaupun belajar tak berapa baik tapi bakat lain memang terbaik."

"Doodle art ni bukan art biasa-biasa, imaginasi tinggi diperlukan untuk hasilkan doodle. Bakat yang hebat dik, semoga adik ini dapat support yang kuat dari parent dan cikgu untuk teruskan bakat."

"Tak pe dik, akademik kalau kita tak pandai kita tetap kena usaha untuk dapatkan gred baik. Tapi adik ada kelebihan ALLAH bagi. Insya-ALLAH cerah masa depan."

No Image Caption

"Mahal tangan adik ni...berseni. Semoga dia dapat tempat terbaik akan datang di masa hadapan, kerjaya berkaitan dengan seni yang dia miliki, boleh pergi jauh ke depan."

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp