Cikgu Mohamad Ali mencuri perhatian ramai apabila turut serta berlari bersama murid-murid dalam Kejohanan Merentas Desa kali ini.
Cikgu Mohamad Ali mencuri perhatian ramai apabila turut serta berlari bersama murid-murid dalam Kejohanan Merentas Desa kali ini.

Guru besar berlari bersama murid dalam Kejohanan Merentas Desa! 'Saya mahu cipta momen luar biasa bersama mereka'

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
06 May 2025 11:13am

Biasanya guru besar hanya berdiri di garisan penamat untuk memberi semangat, namun lain pula ceritanya dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Changgang, Banting, Selangor apabila 'ayahanda sekolah' sendiri turut berlari bersama murid-murid dalam Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah baru-baru ini.

Tindakan spontan dan penuh semangat itu ternyata mencuri perhatian ramai apabila murid-murid terkejut melihat guru besar mereka turut sama berlari sekali gus memberikan inspirasi luar biasa kepada para peserta.

Berkongsi dengan Sinar Bestari, Cikgu Mohamad Ali Alimin berkata, keterlibatan dia dalam kejohanan terbabit bukan sekadar simbolik, tetapi satu bentuk penglibatan aktif yang mencerminkan nilai kepimpinan melalui teladan.

"Saya mahu tunjukkan kepada anak-anak murid bahawa sokongan kami bukan hanya dengan kata-kata sebaliknya sentiasa bersama mereka dalam semua aspek sama ada akademik, sukan atau sahsiah," ujarnya.

No Image Caption

Tindakan (turut serta) guru besar dalam larian itu telah menjadi sorotan utama acara bukan sahaja kepada murid malah guru-guru dan ibu bapa yang hadir juga kelihatan teruja serta gembira.

"Ada yang ambil gambar, ada yang beri sorakan. Paling menggembirakan, saya lihat semangat anak-anak kita terus melonjak selepas itu," ujarnya lagi.

Guru besar tersebut menyifatkan momen sebegini penting dalam membina hubungan akrab antara pentadbir, guru dan murid sekali gus memupuk semangat kesukanan dan keyakinan diri dalam kalangan anak-anak didik.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Larian ini bukan soal siapa paling laju, tapi tentang nilai semangat, sokongan dan kekuatan mental. Kalau mereka lihat saya sendiri pun boleh berlari, saya harap itu jadi satu motivasi yang kuat," jelasnya lagi.

Terdahulu, Kejohanan Merentas Desa SK Bukit Changgang tahun ini menyaksikan penyertaan penuh semangat daripada murid-murid semua peringkat dengan sokongan guru dan ibu bapa yang turut hadir memeriahkan acara.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp