Untitled design
Untitled design

SK Taman Megah dan Sekolah Antarabangsa Tanarata harumkan nama Malaysia

Mariatul Qatiah Zakaria
21 Jan 2022 05:04pm
A
A
A

Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Megah, Petaling Jaya dan Sekolah Antarabangsa Tanarata, Kajang, Selangor, mencatat sejarah di peringkat antarabangsa selepas memenangi Anugerah Emas pertandingan anjuran Malaysian Innovation, Invention & Creativity Association (MIICA), baru-baru ini.

Menurut Penyelia Kumpulan Inovasi, SK Taman Megah, Dr Rajeswari Narasingam, sekolah terbabit mewakili Malaysia dalam pertandingan yang diadakan secara maya bersama sembilan buah negara lain, iaitu Indonesia, Brazil, India, Iran, Poland, Macedonia, Turki, Nigeria dan Paraguay.

Tambah beliau, kedua-dua buah sekolah tersebut telah diwakili oleh Suthiksha dan Narashimma Naidu Baloo serta Chelsea Janani James.

“Kedua-dua buah sekolah melalui tiga muridnya telah bergabung tenaga menampilkan inovasi melalui PS herbal fit di bawah Sains Hayat bagi kategori Sekolah Rendah.

“Bukan itu sahaja malah mereka turut menerima Anugerah Khas yang telah dinilai secara keseluruhan dan juga memperoleh Inovasi Terbaik Keseluruhan.

“Kejayaan ini bukan sahaja membuktikan kita mampu bersaing di peringkat antarabangsa malah ia juga tidak menghalang murid-murid ini untuk terus berinovasi walaupun berada dalam situasi pandemik dan norma baharu,” ujarnya.

Baca juga Dua pelajar jadi sukarelawan, ajak rakan-rakan sumbang tenaga untuk kesejahteraan bersama

Baca juga Keliru untuk beli komputer riba yang sesuai? Ikuti 5 tip pemilihan komputer riba mengikut keperluan pelajar

Mengulas lanjut mengenai PS herbal fit, Penyelia Kumpulan Inovasi Sekolah Antarabangsa Tanarata, Dr Punita Silivarajoo menjelaskan ia merupakan losyen herba yang dihasilkan untuk membantu meredakan ketidakselesaan kulit.

Berbicara mengenai pertandingan tersebut pula, beliau menjelaskan, pertandingan inovasi peringkat antarabangsa 13C adalah usaha untuk memupuk lebih ramai saintis muda menunjukkan bakat dalam bidang penyelidikan, inovasi, ciptaan dan kreativiti dunia.

Pertandingan tersebut yang disertai sebanyak 203 pasukan dengan 800 orang peserta,  telah diadakan selama dua hari dan terbahagi kepada empat kategori iaitu murid sekolah rendah, murid sekolah menengah, pelajar kolej dan universiti serta guru.

Kata Dr Punita lagi, melalui pertandingan ini juga MIICA berusaha mencipta peluang bagi memperkaya dan menjana minat baharu dalam menyokong kajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Program ini dapat memastikan pendidikan yang berkaitan dengan STEM boleh menyumbang peluang yang besar kepada pembangunan kerjaya seseorang dan membina asas modal insan yang berharga untuk transformasi ekonomi individu dan pembinaan negara.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Pada masa yang sama, kerjasama dan perkongsian MIICA dengan persatuan saintifik, universiti dan banyak platform pendidikan lain di Malaysia dan di seluruh dunia juga bertujuan untuk membantu dalam memajukan kualiti pendidikan saintifik bagi menghadapi cabaran transformasi digital abad ke-21 dengan cara yang optimistik.

Sepanjang pertandingan berlangsung, MIICA turut menganjurkan empat bengkel yang dikendalikan oleh penceramah profesional iaitu bengkel cara menyediakan abstrak lanjutan, bengkel hak harta intelek - paten dan pengkomersialan, bengkel bijak tiruan (AI) dan robotik serta bengkel kemahiran bertutur dan pembentangan awam.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok