“Syukur Alhamdulillah,” - ahli keluarga Cikgu Mohd Fadli
“Syukur Alhamdulillah”. Itulah reaksi salah seorang ahli keluarga Cikgu Mohd Fadli Mohamed Salleh mengenai keputusan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan yang dibuat hari ini bagi menentukan nasib cikgu tersebut sama ada dipecat atau diturunkan pangkat akibat daripada menyuarakan isu berkaitan sistem pendidikan negara yang tular sejak Sabtu.
Kenyataan tersebut dimaklumkan kepada Sinar Bestari sekitar pukul 3 petang tadi dan apabila diminta mengulas lanjut, beliau meminta untuk menunggu pengumuman rasmi yang akan dibuat oleh Cikgu Mohd Fadli sendiri.
Namun, setakat pukul 4.45 petang tadi kenyataan rasmi daripada pihak yang terlibat masih belum dikeluarkan dan dijangka akan diumumkan pada lewat petang ini.
Artikel berkaitan
Cikgu Mohd Fadli belum dijatuhkan hukuman - KP Pendidikan
Mohd Radzi mahu jumpa Cikgu Mohd Fadli