Screenshot (92)
Screenshot (92)

Cikgu Mohd Fadli belum dijatuhkan hukuman - KP Pendidikan

Adlan Farhan Azwan
17 Oct 2022 09:43am
A
A
A

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Pkharuddin Ghazali mengambil maklum perkara yang dibangkitkan di media sosial berkaitan isu Cikgu Mohd Fadli Mohamed Salleh yang tular, baru-baru ini.

Menurutnya, surat yang dihantar kepada cikgu tersebut bukanlah surat yang membawa maksud hukuman telah dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib.

“Sebaliknya surat tersebut bertujuan memaklumkan cikgu berkenaan mengenai dakwaan yang telah diterima oleh pihak berkuasa serta keperluan untuk Cikgu Mohd Fadli mengemukakan representasi ataupun penjelasan bertulis.

“Sehubungan itu, Lembaga Tatatertib telah menerima surat representasi daripada Cikgu Mohd Fadli pda 14 Oktober 2022 dan Lembaga Tatartertib dijadualkan bersidang pada hari Isnin, 17 Oktober 2022.

“Prosiding tatatertib ini dibuat di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan ia digunapakai untuk semua penjawat awam yang sedang berkhidmat termasukalah diri saya sendiri,” katanya menerusi video di laman Facebook, baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau juga berharap dengan penjelasan yang dibuat ini dapat memberi pemahaman kepada semua pihak yang terlibat.

“Saya berharap dengan penjelasan ini dapat memberi kefahaman kepada semua pihak, Insya-ALLAH dan terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama,” tambahnya.

Sebelum itu, Cikgu Mohd Fadli yang merupakan seorang guru Matematik di sebuah sekolah rendah di Gombak menerusi laman Facebook telah berkongsi satu surat yang mendakwa akan dikenakan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat kerana menyuarakan pandangan mengenai silibus pembelajaran yang menurutnya terlalu tinggi dan tidak sesuai.

Beliau turut menyatakan bilangan murid di dalam kelas terlalu ramai selain subjek pembelajaran yang banyak serta isu beg berat yang katanya boleh memudaratkan kesihatan murid.

Bagaimanapun menurut surat yang dimuat naik guru berkenaan, Cikgu Mohd Fadli diberikan tempoh 21 hari daripada tarikh penerimaan surat itu untuk mengemukakan representasi kepada Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan untuk membela diri.

Artikel berkaitan

Bajet 2023: KPM terima peruntukan terbesar berjumlah RM55.6 bilion

Guna teknologi dan gajet, dapat pelbagaikan kaedah PdP dan atasi masalah beg berat

249,646 lokar dijangka siap pemasangan pada akhir bulan ini


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok