Gred keputusan SPM 2024 terdiri daripada A , A, A-, B , B, C , C, D, E, G dan TH.
Gred keputusan SPM 2024 terdiri daripada A , A, A-, B , B, C , C, D, E, G dan TH.

Takrifan 11 gred dan julat pemarkahan SPM 2024

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
24 Apr 2025 05:20pm

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ialah peperiksaan utama kebangsaan, ditadbir secara berpusat dan ditaksir pada penghujung pendidikan menengah.

SPM merekodkan pencapaian pelajar untuk digunakan bagi tujuan kelayakan asas memasuki program pada peringkat lebih tinggi, mendapatkan biasiswa dan memohon pekerjaan.

Ia juga digunakan untuk pencapaian bagi pentaksiran pendidikan pelajar sepanjang tempoh pendidikan menengah Tingkatan Lima.

SPM diiktiraf setaraf dengan GCE O-level. Penjaminan kualiti bagi SPM dilakukan bersama badan badan pentaksir luar negara seperti Cambridge International Examinations (CIE), New Zealand Qualification Authority (NZQA), Victoria Curriculum and Assessment Authority (VCAA), Pearson dan CITO.

Dalam SPM 2024 yang diumum pada Khamis, sebanyak 11 gred keputusan telah digunakan untuk menilai prestasi calon dalam peperiksaan tersebut.

Gred-gred ini merangkumi tahap pencapaian pelajar dari yang tertinggi sehingga ke tahap minimum, bagi memberi gambaran yang lebih menyeluruh mengenai keupayaan akademik setiap calon.

11 gred berkenaan terdiri daripada A+, A, A-, B+, B, C+, C, D, E, G dan Tidak Hadir (TH).

Setiap gred SPM berkenaan mempunyai takrif masing-masing.

Artikel Berkaitan:

1) A+ bermaksud Cemerlang Tertinggi: 90 - 100 markah

2) A (Cemerlang Tinggi): 80-89 markah

3) A- (Cemerlang): 70-79 markah

4) B+ (Kepujian Tertinggi): 65-69 markah

5) B (Kepujian Tinggi): 60-64 markah

6) C+ (Kepujian Atas): 55-59 markah

7) C (kepujian): 50-54 markah

8) D (Lulus Atas): 45-49 markah

9) E (Lulus): 40 - 44 markah

10) Gagal: 0-39 markah

11) TH

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp