Gambar hiasan.
Gambar hiasan.

Takwim persekolahan bermula Januari akan berkuat kuasa tahun 2026 - KPM

AZLEENDA SAHALUDIN
23 May 2023 02:48pm
A
A
A

Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan takwim sesi persekolahan bermula Januari akan kembali berkuat kuasa pada tahun 2026 dalam usaha mengawal sesi persekolahan tahun 2024/2025 yang bermula pada Februari.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, kementerian sedang merancang dan meneliti untuk mengembalikan takwim asal kalender akademik bermula pada Januari sebelum negara dilanda pandemik Covid-19.

Ujar beliau, ia untuk memastikan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dapat dilaksanakan secara optimum khususnya bagi tempoh pembelajaran selama 36 minggu dan menyelesaikan keseluruhan kokurikulum sepanjang tahun.

“KPM sedang melakukan penjajaran jadual peperiksaan awam supaya ia selari dengan perubahan kalender akademik persekolahan selepas negara beralih ke fasa endemik.

“Justeru, permintaan untuk memulakan sesi persekolahan pada Januari akan ditunaikan pada tahun 2026 nanti.

“KPM juga berharap dengan pengumuman ini, aspek kewangan dan ekonomi dapat dirancang oleh semua pihak yang terlibat,” ujarnya pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

Sebelum ini media melaporkan, KPM memberi jaminan takwim sesi persekolahan akan kembali bermula Januari tetapi memerlukan tempoh tertentu untuk melaksanakannya.

Permulaan takwim persekolahan tersebut diubah daripada Januari kepada Mac sejak 2022 selepas KPM mengumumkan sesi persekolahan 2021 dilanjutkan sehingga Februari tahun berikutnya susulan pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok