KPM
KPM

Tarikh penting untuk calon SPM 2022, ini senarainya!

Roshlawaty Md Raieh
20 Jan 2023 05:58pm
A
A
A

PENGUMUMAN penting untuk calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022.

Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi kenyataan media bertarikh 20 Januari memaklumkan beberapa tarikh berkaitan peperiksaan SPM yang bakal bermula akhir Januari ini.

Tarikh ujian dan peperiksaan SPM yang dinyatakan oleh KPM adalah

1) Ujian Amali Sains (Fizik): 30 Januari 2023 (93,490 calon)

2) Ujian Amali Sains (Biologi): 31 Januari 2023 (74,642 calon)

3) Ujian Amali Sains (Kimia): 2 Februari 2023 (94,672)

4) Ujian Amali Sains (Sains Tambahan): 2 Februari 2023 (1,675 calon)

5) Ujian Bertutur (Bahasa Melayu): 7 hingga 9 Februari 2023 (397,854 calon)

6) Ujian Bertutur (Bahasa Inggeris): 13 hingga 15 Februari 2023 (397,057)

7) Ujian Mendengar (Bahasa Melayu): 16 Februari 2022l3 (397,854 calon)

8) Ujian Mendengar (Bahasa Inggeris): 16 Februari 2023 (397,057 calon)

9) Peperiksaan Bertulis: 20 Februari hingga 15 Mac 2023 (403,637 calon)

Bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan tersebut, seramai 131,318 petugas peperiksaan telah dilantik bagi keseluruhan peperiksaan.

Manakala, sebanyak 3,355 pusat peperiksaan telah disediakan di seluruh negara.

Menerusi kenyataan media itu juga, KPM mengingatkan semua calon agar merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan di pautan http://lp.moe.gov.my

Dalam pada itu, calon turut diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

Mereka juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan SPM 2022.

Artikel berkaitan 

KPM umum Sesi Persekolahan 2023/2024 baharu bermula 19 dan 20 Mac depan

Senarai Garis Panduan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran di Sekolah KPM

KPM janji tambah baik proses pemberian wang bantuan ke sekolah


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok