Tiada lagi penggiliran sekolah rendah, semua dibenar hadir secara bersemuka mulai 17 dan 18 April
Tiada lagi penggiliran sekolah rendah, semua dibenar hadir secara bersemuka mulai 17 dan 18 April

Tiada lagi penggiliran sekolah rendah, semua dibenar hadir secara bersemuka mulai 17 dan 18 April

Rasyidah Zulkifi
09 Apr 2022 04:38pm
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan memutuskan bahawa semua murid sekolah rendah dibenarkan menghadiri sekolah secara bersemuka tanpa penggiliran mengikut kumpulan negeri masing-masing.

Berdasarkan takwim KPM, negeri Kumpulan A yang akan belajar tanpa penggiliran mulai 17 April 2022 adalah Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Baca juga

Kehadiran pelajar ke sekolah ikut kaedah penggiliran – KPM

Kehadiran ke sekolah tanpa penggiliran tertakluk kepada analisis dan kajian – Radzi

Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya bagi Kumpulan B pula membenarkan kehadiran murid sekolah rendah secara bersemuka pada 18 April 2022.

“Ketetapan ini terpakai kepada semua murid sekolah swasta, termasuk sekolah ekspatriat dan sekolah antarabangsa yang setara dengan sekolah rendah KPM.

“Keputusan ini adalah dengan mengambil kira kelancaran pengoperasian sekolah rendah secara bersemuka bermula pada 21 Mac 2022 dan sekolah menengah pada 4 April 2022 serta pandangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

“KPM juga menyarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Sebelum ini, KPM menetapkan penggiliran bagi murid Tahun 3, 4 dan 5 terutama di sekolah yang mempunyai murid melebihi 600 orang untuk menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok