Mohamed Khaled
Mohamed Khaled

Tiada universiti terlibat peperiksaan pada 12 Ogos - Mohamed Khaled

ROSHLAWATY MD RAIEH
21 Jul 2023 05:53pm
A
A
A

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan, tiada universiti terlibat dengan peperiksaan semasa tarikh pengundian pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.

Menurut beliau, kebanyakan universiti telah selesai menjalani peperiksaan pada tempoh tersebut.

“Hanya dua universiti yang masih menghadapi peperiksaan namun ia bukan diadakan pada tarikh pengundian (12 Ogos 2023).

“Ini bermakna, hari mengundi kebanyakan universiti sudah habis peperiksaan. Jadi memang tengah cuti ketika itu,” ujarnya selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Parlimen Hulu Terengganu di Plaza Rahmat OKB, Kuala Berang, Terengganu pada malam Rabu.

Pada 5 Julai lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dijalankan serentak dengan 12 Ogos 2023 ditetapkan sebagai tarikh pengundian.

Sebelum ini media melaporkan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) antara universiti yang terkesan dengan penetapan tarikh pengundian pada 12 Ogos depan oleh SPR bagi enam PRN.

Difahamkan, UUM memulakan peperiksaan pada hujung Julai sehingga pertengahan Ogos nanti manakala UMP mengadakan pengambilan baharu bagi pengajian diploma ketika PRN berlangsung.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok