Gummy eyeball, gula-gula berbentuk bola mata yang digilai golongan pelajar kini kerana bentuk dan warnanya yang boleh menarik perhatian anak-anak.
Gummy eyeball, gula-gula berbentuk bola mata yang digilai golongan pelajar kini kerana bentuk dan warnanya yang boleh menarik perhatian anak-anak.

‘Tidak salah murid makan gula-gula, cuma kena ajar tentang keselamatan’

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
21 Feb 2025 04:20pm

Gummy eyeball merupakan gula-gula berbentuk bola mata yang digilai golongan pelajar kini kerana bentuk dan warnanya yang boleh menarik perhatian anak-anak.

Walaupun ia sering menjadi kudapan, namun ibu bapa berperanan untuk mengingatkan anak-anak cara makan makanan berkenaan dengan betul.

Ini kerana tekstur dan saiz gula-gula itu didapati lebih besar daripada mulut kanak-kanak.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di akaun Facebooknya bahawa gula-gula kenyal itu tetap berisiko sekiranya tersedak jika tidak dikunyah dengan sempurna.

“Gula-gula berbentuk bulat seperti gula-gula keras serta berbentuk silinder seperti potongan sosej, lebih mudah tersangkut di saluran pernafasan.

“Gummy ini nampak lembut, jika saiznya terlalu besar atau tidak dikunyah sepenuhnya, teksturnya yang kenyal boleh menyebabkan risiko tersedak kerana ia boleh ‘mengembang’ dalam mulut.

“Anak-anak kita ni, bukan sentiasa ada di depan mata kita, jadi kita kena cuba didik anak-anak tentang bahaya gula-gula,” katanya.

Tambah Kamarul Ariffin, ibu bapa sepatutnya memainkan peranan untuk mengajar anak-anak tentang kepentingan memilih gula-gula yang selamat untuk kesihatan serta keselamatan mereka.

Artikel Berkaitan:

Tegasnya lagi, anak-anak perlu digalakkan untuk makan dengan perlahan dan mengunyah dengan betul serta bermain-main.

“Sebagai orang dewasa, kita juga kena mainkan peranan dalam komuniti dalam mencegah perkara ini berulang.

“Luangkan masa untuk belajar teknik pertolongan cemas seperti Heimlich Maneuver sebagai langkah berjaga-jaga.

“Sokong usaha sekolah dan komuniti untuk mengehadkan penjualan jajan yang berisiko di kawasan sekolah,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp