Dari kiri Crescia, Vanessa dan Stephanie muncul pemenang pertandingan Next Generation Innovations.
Dari kiri Crescia, Vanessa dan Stephanie muncul pemenang pertandingan Next Generation Innovations.

Tiga pelajar cemerlang dianugerahkan biasiswa lebih RM127,300

24 Aug 2024 09:05am

Tiga pelajar cemerlang dianugerahkan biasiswa lebih RM127,300 apabila muncul sebagai pemenang dalam pertandingan Next Generation Innovations, baru-baru ini.

Mereka yang bertuah ialah Stephanie Jane Magtibang dari Filipina (pemenang tempat pertama); Crescia San Angel, juga dari Filipina (tempat kedua) dan Vanessa Shannon Suryandi, Indonesia (tempat ketiga).

Stephanie telah membangunkan projek DivorceDialogue iaitu gabungan inovatif perniagaan dan advokasi untuk memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Katanya, kemenangan dalam pertandingan itu bagaikan satu mimpi dan bersyukur dinobatkan sebagai juara.

“Saya akan menggunakan biasiswa tersebut untuk melanjutkan pengajian di University of Sheffield.

“Terima kasih Study Group kerana telah memberi saya akses kepada biasiswa seperti ini bagi melanjutkan pengajian ke UK,” ujarnya yang menerima biasiswa sebanyak RM48,417.70.

No Image Caption

Dengan biasiswa diberikan, Stephanie akan mengikuti Asasi Antarabangsa di Kolej Antarabangsa University of Sheffield, Study Group pada September depan sebelum meneruskan pengajian tahun pertama dalam bidang Undang-Undang di University of Sheffield pada 2025.

Artikel Berkaitan:

Seterusnya, Superheroes Need Saving Too: Innovative Dual-Chip Tracker and a Cross-Border Protection System for Overseas Workers yang dihasilkan Crescia adalah projek menggabungkan kejuruteraan moden dengan advokasi bagi perlindungan pekerja asing melalui cara kreatif.

Crescia yang menerima biasiswa bernilai RM42,365.48 akan memasuki Asasi Antarabangsa pada November di Durham University International Study, Study Group bagi meneruskan pengajian tahun pertama dalam jurusan Hubungan Antarabangsa (Durham University 2025).

Manakala projek Pangestu daripada Vanessa, mengilhamkan kesejahteraan dan pendekatan inovatif bagi merancakkan semula pelancongan kesihatan di Indonesia secara beretika.

Vanessa yang meraih RM36,312.48 akan memulakan Asasi Antarabangsa di Kolej Antarabangsa University of Sheffield, Study Group pada September sebelum melanjutkan ke tahun pertama pengajiannya dalam bidang Perniagaan di University of Sheffield 2025.

Terdahulu, Next Generation Innovations adalah pertandingan membabitkan penyertaan pelajar antarabangsa.

Program dianjurkan pakar pendidikan antarabangsa tersohor, Study Group bertujuan menawarkan peluang biasiswa kepada bakal penuntut sarjana muda yang bercita-cita tinggi dalam mengejar kerjaya akademik mereka.

Ia juga platform baharu bagi membuka peluang kepada mahasiswa mengakses bidang akademik bermutu tinggi di peringkat global.

Finalis pertandingan, ibu bapa dan penjaga, juri dari Study Group, British Council dan Universiti Teknologi Sarawak, serta kakitangan Study Group berkumpul sempena Next Generation Innovations.
Finalis pertandingan, ibu bapa dan penjaga, juri dari Study Group, British Council dan Universiti Teknologi Sarawak, serta kakitangan Study Group berkumpul sempena Next Generation Innovations.

Pertandingan pelajar antarabangsa seperti ini telah menjadi platform menyatukan pelajar dengan rakan sebaya dan mentor dari pelbagai pelosok dunia untuk memperluas perspektif serta rangkaian mereka.

Justeru, dengan membawakan peluang sedemikian kepada pelajar, Study Group berhasrat dapat meningkatkan kebolehcapaian dalam pendidikan tinggi.

Susulan kejayaan Next Generation Innovations, Study Group komited untuk menganjurkan pertandingan itu setiap tahun, selari dengan misinya mewujudkan lebih banyak peluang kepada pelajar bagi menggapai impian akademik mereka.

Ketua Pegawai Akademik Study Group, Profesor Elena Rodriguez-Falcon berkata, pihaknya sangat teruja dengan keputusan pertandingan tahun ini.

“Ia amat menginspirasikan kami untuk melihat kreativiti dan semangat anak-anak muda.

Study Group bertekad untuk memastikan pelajar di seluruh dunia mempunyai peluang yang semakin luas bagi mengakses pendidikan tinggi global bersama-sama sekolah rakan kongsi kami yang terkenal,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut tentang Study Group, layari https://studygroup.com/

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp