guru future image
guru future image

Tiga peratus guru di Labuan belum divaksin

webadmin
03 Aug 2021 06:17pm
A
A
A

LABUAN - Sebilangan kecil guru sekolah di sini masih belum menerima vaksin Covid-19, menjelang pembukaan semula sekolah pada 1 September ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Yusup Mohamad berkata, guru yang belum menerima vaksin itu kebanyakannya wanita merupakan tiga peratus (40) daripada 1,332 jumlah guru sekolah di Labuan.

“Kami telah menerima maklum balas daripada guru-guru yang belum divaksin ini mengapa mereka belum divaksin. Dua puluh daripada mereka baru melahirkan anak (antara Jun dan Julai) atau sedang hamil, manakala baki 20 lagi menghidap pelbagai penyakit kronik seperti kanser, jantung, alahan suntikan dan komplikasi paru-paru,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata taklimat vaksin oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari akan diadakan esok (4 Ogos) kepada guru-guru yang masih belum divaksin.

BACA JUGA: Mahu lanjutkan pengajian dalam aliran agama, ini senarai SMKA yang jadi pilihan ramai

BACA JUGA: 4 cara mudah untuk membuang habuk dan kotoran dari komputer

“Kami mahu setiap guru diberi vaksin sebelum sekolah dibuka bulan depan, dan ini adalah inisiatif kami ke arah mencapai 100 peratus imuniti kelompok bagi guru sekolah di Labuan.

“Mereka semua telah dimaklumkan untuk divaksinasi sepenuhnya sebelum pembukaan semula sekolah.

“Kami faham sesetengah guru mempunyai persepsi tersendiri terhadap suntikan vaksin, mereka berpendapat mereka menghidap penyakit kronik yang tidak boleh divaksin, kami percaya pelbagai pandangan di platform media sosial memainkan peranan dalam hal ini.

“Kami akan mengadakan perbincangan secara bersemuka dengan guru-guru yang belum divaksin ini di rumah mereka bermula hari ini, kebanyakan mereka berusia lingkungan 40 tahun ke atas berasal dari beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Labuan,” kata Yusup.

Beliau juga berkata langkah vaksinasi itu juga telah diperluaskan kepada mereka yang menyediakan perkhidmatan di sekolah seperti pengusaha kantin dan pekerjanya serta kontraktor.

Ikuti GPSBestari di YouTube

“Kakitangan pentadbiran sekolah (170 orang) seperti kerani dan operasi serta pembantu makmal juga dipastikan menerima suntikan vaksin. Daripada jumlah itu hanya dua orang sahaja yang masih belum mendapat suntikan kerana penangguhan oleh doktor,” katanya. - BERNAMA

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok