Jangan ambil masa yang lama untuk selesaikan satu-satu soalan. Jika rasa tidak boleh jawab, teruskan ke soalan yang lain.
Jangan ambil masa yang lama untuk selesaikan satu-satu soalan. Jika rasa tidak boleh jawab, teruskan ke soalan yang lain.

Tiga tip yang wajib murid lakukan sebelum UASA bermula!

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
07 Nov 2024 03:19pm

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) yang diduduki murid sekolah rendah dan menengah dijadualkan berlangsung pada November serta Disember.

Bagaimanapun, tarikh UASA untuk setiap murid mungkin berbeza, bergantung kepada tarikh yang telah ditetapkan oleh sekolah masing-masing.

Baru-baru ini, Guru Matematik, Cikgu Mohamad Hakim Mohammad Nor berkongsi beberapa panduan kepada murid-murid sepanjang menjawab kertas Matematik.

1) Jangan ambil masa yang lama untuk selesaikan satu-satu soalan. Jika rasa tidak boleh jawab, teruskan ke soalan yang lain.

***Bukan satu kemestian untuk soalan mudah duduknya di depan dan soalan susah letaknya di belakang. Boleh jadi ada soalan mudah di belakang seperti tajuk koordinat dan kebolehjadian (Tahun Enam). Murid wajib untuk skor soalan mudah seperti ini.

2) Bila sudah selesai menjawab soalan yang murid tahu, fokuskan semula pada soalan-soalan yang ditinggalkan tadi.

3) Wajib tunjukkan jalan kira dan jangan tinggalkan kosong ruangan jawapan. Sekali pun tidak pasti jawapannya, jika ada masa, buat sahaja. Boleh jadi betul, boleh jadi salah. Tapi kalau tinggalkan tanpa berjawab, sudah tentu salah.

Apakah UASA?

Artikel Berkaitan:

UASA dilaksanakan bagi memperkasakan lagi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dimulakan pada Sesi Akademik 2022/2023.

UASA akan dinilai melalui kemahiran kognitif/intelektual dan penguasaan murid-murid dalam setiap mata pelajaran yang dilaksanakan menerusi ujian bertulis sepenuhnya.

Ia dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) secara Sumatif di akhir kalendar akademik bagi menguji tahap kognitif murid seterusnya mengumpul dan mendapatkan maklumat mengenai tahap pencapaian akademik murid atau kandungan yang dipelajari mereka sepanjang sesi akademik.

Ujian ini akan dapat memberi gambaran yang menyeluruh tentang perkembangan kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. Maklumat ini dapat membantu guru merancang dan melaksanakan intervensi untuk membangunkan potensi para murid.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp