Pelajar didedahkan dengan kerjaya sebagai wartawan, etika kewartawanan, pengendalian studio, penggunaan kamera, penulisan skrip, percambahan idea dan lain-lain.
Pelajar didedahkan dengan kerjaya sebagai wartawan, etika kewartawanan, pengendalian studio, penggunaan kamera, penulisan skrip, percambahan idea dan lain-lain.

TV PSS 2024 siap sedia jelajah seluruh negara!

NURBAYA ABDUL REZAK
22 Apr 2024 10:14am
A
A
A

Negeri Selangor merupakan destinasi pertama bagi program Jelajah TV PSS 2024 yang akan bermula pada 24 April ini.

Bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor, seramai 200 pelajar akan menghadiri bengkel itu.

Pelajar terpilih merupakan kru TV PSS yang mewakili sekolah dan daerah masing-masing di Selangor untuk mengikuti bengkel julung kali diadakan di peringkat kebangsaan ini.

Melalui bengkel TV PSS, pelajar akan didedahkan dengan kerjaya sebagai wartawan, etika kewartawanan, pengendalian studio, penggunaan kamera, penulisan skrip, percambahan idea dan lain-lain yang turut berkaitan dengan dunia kewartawanan dan penyiaran.

Pengarah Projek Jelajah TV PSS, Meen Tahrin berkata, jelajah ini merupakan kesinambungan daripada Jelajah TV PSS peringkat negeri Selangor yang diadakan pada tahun lalu.

tv pss
tv pss

“Tahun lalu, Sinar Bestari menjelajah ke 10 daerah di Selangor. Jadi untuk 2024, kita merancang memperluaskan jelajah ke setiap negeri.

“Antara Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang telah menyatakan komitmen mereka adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan akhir sekali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” katanya kepada Sinar Bestari.

Artikel Berkaitan:

Meen berkata, selain aktiviti untuk peserta bengkel, di luar dewan turut diadakan jualan buku dan aktiviti sampingan untuk pelajar lain.

“Lokasi bengkel TV PSS ini akan diadakan di sekolah-sekolah yang terpilih.

“Seramai 1,500 pelajar akan mendapat manfaat daripada bengkel tersebut sementara lebih 10,000 pelajar lain pula berpeluang bertemu dengan kru Singgah Sinar @ Sekolah. Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik turut disediakan.

“Saya mengalu-alukan penyertaan rakan-rakan strategik yang lain untuk bersama-sama TV PSS menjelajah ke seluruh negeri,” jelasnya lagi.

Untuk rekod, Jelajah TV PSS 2024 peringkat kebangsaan mendapat sokongan penuh dari Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok