Gambar hiasan
Gambar hiasan

Ujian subjek Sirah UPKK ditangguh ke 23 Januari

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
17 Jan 2024 12:20pm

Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi mata pelajaran UPKK03/01 Sirah yang dijadualkan pada Rabu ditangguhkan kepada 23 Januari nanti atas isu teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd Yusof memaklumkan, pihakya memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

“Jakim memohon maaf atas kesulitan ini dan berdoa agar semua calon UPKK seluruh negara dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada Ujian yang sedang berlangsung.

“Semoga semuanya mendapat kejayaan yang cemerlang,” katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp