Semoga Mumtaz menjadi milik semua calon-calon, insya-ALLAH.
Semoga Mumtaz menjadi milik semua calon-calon, insya-ALLAH.

UPKK 2023 diumum hari ini

ROSHLAWATY MD RAIEH
18 Apr 2024 10:03am
A
A
A

Keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2023 akan diumum sekitar jam 11 pagi, hari ini di saluran media sosial rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pengumuman keputusan itu akan disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, menurut hantaran laman Facebook Jakim, pada Khamis.

Kepada ibu bapa atau penjaga yang mahu menyemak rumusan keputusan calon, mereka boleh berbuat demikian bermula pukul 12 tengah hari, hari ini menerusi beberapa platform.

Platform tersebut adalah melalui laman sesawang di pautan https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan nombor MyKad dan nombor angka giliran.

Selain itu, semakan juga boleh dibuat menggunakan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPKK jarak No MyKad jarak No Angka Giliran dan hantar ke 15888.

Dalam pada itu, slip keputusan UPKK Tahun 2023 boleh diambil ibu bapa atau penjaga di sekolah masing-masing bermula 19 April, 9.30 pagi.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok