Roland
Roland

Usaha Sarawak tangani kekurangan guru Bahasa Inggeris

22 Jul 2024 12:08pm

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn memaklumkan, isu kekurangan guru Bahasa Inggeris di negeri itu dijangka dapat ditangani dalam masa terdekat.

Meskipun kekurangan tersebut tidak kritikal, namun katanya, masih terdapat keperluan terutamanya diperingkat sekolah menengah.

“Buat masa ini, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (SSP) masih mengadakan temu duga bagi pengambilan guru Bahasa Inggeris di Sarawak.

"Kami berharap semua ini dapat diselesaikan secepat mungkin dan seperkara yang perlu di ketahui, pengambilan guru adalah datang daripada mereka (cikgu) yang terlatih,” katanya dalam Majlis Pecah Tanah Pusat Komuniti Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA), Serian, Sarawak.

Terdahulu, Sarawak hanya mempunyai lebih 200 guru Bahasa Inggeris untuk sekolah menengah manakala lebih 1,000 cikgu peringkat sekolah rendah

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp