Hanis Nuraisyah Nasuha Abdul Razak telah menghembuskan nafas terakhir enam bulan yang lepas akibat kemalangan motosikal masuk ke jurang.
Hanis Nuraisyah Nasuha Abdul Razak telah menghembuskan nafas terakhir enam bulan yang lepas akibat kemalangan motosikal masuk ke jurang.

(VIDEO) Hasrat konvo tak kesampaian akibat kemalangan

Rasyidah Zulkifi
21 Mar 2022 12:55pm
A
A
A

Setiap yang hidup pasti akan meninggal dunia dan kematian akan menjemput sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur baik di usia muda mahupun tua, Begitulah takdir bekas graduan Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM), Hanis Nuraisyah Nasuha Abdul Razak yang tidak berkesempatan menghadiri hari konvokesyen baru-baru ini, kerana telah menghembuskan nafas yang terakhir akibat kemalangan motosikal enam bulan yang lepas.

Baca juga

(VIDEO) Tidak susah sebenarnya, Dr Rafeah kongsi langkah mudah membuat ulasan artikel jurnal

(VIDEO) Tanda hargai jasa, pelajar lawat ‘rumah baharu’ cikgu

Bagaimanapun, arwah bertuah kerana mempunyai ahli keluarga yang saling menguatkan semangat sesama lain ketika mengambil skrol diploma pada Majlis Konvokesyen Ke-19 UCAM seperti yang dipaparkan di TikTok baru-baru ini.

Hantaran tersebut dimuat naik adik arwah, Khaleeda Nasuha mendapat perhatian daripada warganet.

Hanis Nuraisyah Nasuha Abdul Razak telah menghembuskan nafas terakhir enam bulan yang lepas akibat kemalangan motosikal masuk ke jurang.

Melalui paparan video itu difahamkan Khaleeda memujuk ibu bapanya bagi menghadiri majlis konvokesyen arwah yang dipanggil Kakde.

Selepas beberapa kali memujuk, barulah orang tuanya bersetuju untuk mengambil skrol diploma bekas graduan tersebut.

Khaleeda berkata beliau sangat berharap arwah kakak turut ada sekali pada hari bersejarah itu.

https://www.tiktok.com/@khaleeda_nasuha/video/7074134309195631899?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7077412182660695554

“Saya harap awak berada di sini Kakde.

“Kakak orang yang paling gembira bila bercakap pasal hari konvokesyen.

“Kami di sini untuk awak bidadari,” katanya.

Arwah pernah berkata, “Nanti Kakde nak umi abah duduk kat depan sekali,” namun hasratnya tidak kesampaian.

Pun begitu, semua impian Kakde menjadi kenyataan.

Menurut Khaleeda, arwah kakaknya mendapat keputusan cemerlang dalam pengajian diploma.

“Semua kerja keras awak terbayar, tahniah Kakde dapat anugerah.

“Awak terlalu sempurna, cantik dan berakal,” katanya.

Khaleeda memaklumkan berkesempatan menemui rakan baik arwah dan rakan-rakan sekelasnya.

“Tak dapat tahan air mata.

“Lagi-lagi satu dewan itu menangis,” katanya.

Sementara itu, melihat di ruangan komen rata-rata warganet berasa sedih kerana mengimbau kembali kenangan lalu mereka bersama ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

@Lisasuhaimi: Macam ini saya kena hadap ambil sijil arwah kembar kesayangan.

@Alyaa Aina:Ini bukan satu dewan saja menangis sampai ke #fyp orang pun sebak.

@virusnevia:Arwah abang saya tak sempat habis peperiksaan. Hari terakhir peperiksaan adalah hari dia dikuburkan,18 tahun lalu.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok