Amatullah Hamidah (tengah) berjaya menewaskan 25 peserta dari enam negara lain dengan kepetahannya ketika bersajak dalam The 63rd International Children And Youth English Recitation Competition. Foto: Facebook Mohd Syamri Abd Razak
Amatullah Hamidah (tengah) berjaya menewaskan 25 peserta dari enam negara lain dengan kepetahannya ketika bersajak dalam The 63rd International Children And Youth English Recitation Competition. Foto: Facebook Mohd Syamri Abd Razak

Wan Azizah, Cikgu Fadli bangga dengan pencapaian Amatullah Hamidah

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
10 Feb 2025 02:20pm

Nama Amatullah Hamidah Muhammad Luqman Al Hakim, 7, semakin menjadi bualan ramai sejak memenangi gelaran Juara Dunia dalam Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris Kanak-kanak dan Belia Antarabangsa Kali Ke-63 pada 11 Januari lalu.

Ramai yang mengatakan bakat dan kebolehan murid Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Al-Furqan, Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu itu sangat luar biasa.

Masakan tidak, di usianya yang masih muda, anak sulung daripada dua beradik ini berjaya menewaskan 25 peserta dari enam negara lain dengan kepetahannya ketika bersajak.

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut melahirkan rasa bangga dan gembira atas kejayaan dirangkul anak kepada pasangan Muhamad Luqman Al Hakim dan Hasmah Darwis.

No Image Caption

"Tahniah diucapkan buat adik Amatullah Hamidah Muhammad Luqman Al Hakim kerana telah berjaya memenangi tempat pertama dalam pertandingan The 63rd International Children And Youth English Recitation Competition.

"Syabas dan semoga terus berjaya di masa akan datang,” catatnya di Facebook pada Ahad.

Bekas guru, Mohd Fadli Mohamed Salleh juga amat berbangga dengan pencapaian murid Tahun Satu itu.

Artikel Berkaitan:

"Masya-ALLAH, hebat anak ini. Mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

"Gembira sungguh dapat tahu ada anak sehebat ini di negara kita. Terus Syukor Majid (pengasas Syukor Burger) minta saya dapatkan alamat dia, nak bagi hadiah lima pek lamb shoulder,” tulisnya di laman sosial yang sama.

No Image Caption

Sebelum ini, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tidak ketinggalan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid Pasti berkenaan atas kejayaan gemilangnya dalam pertandingan tersebut.

"Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan keluarga tetapi juga menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Terengganu dan murid Pasti dari seluruh Malaysia. Kemampuan anakanda Amatullah untuk bersaing di peringkat antarabangsa menunjukkan bakat dan potensi anak-anak Terengganu yang luar biasa.

"Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada lebih ramai anak-anak untuk terus berusaha cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi. Kerajaan Negeri Terengganu sentiasa komited menyokong generasi muda yang berani mencabar diri menonjolkan bakat masing-masing serta membanggakan negeri," katanya di Facebook pada Ahad.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp