Sanusi bersama anaknya, Muhammad Hazeem
Sanusi bersama anaknya, Muhammad Hazeem

Tidak malu anak kelas Pendidikan Khas, bapa bangga dengan pencapaian anak istimewa

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
16 Jan 2025 02:30pm

Seorang bapa membuktikan kasih sayang tiada sempadan apabila tidak pernah malu mempunyai anak istimewa yang mengikuti kelas Pendidikan Khas.

Sanusi Ali yang merupakan penasihat jualan kenderaan itu mengakui berasa bangga dengan kejayaan anak kedua daripada empat adik-beradik iaitu Muhammad Hazem Sanusi, 13, menghidap Disleksia selepas didiagnos oleh pakar perubatan.

Sanusi, 52, yang juga seorang bapa tunggal berkenaan membesarkan anak istimewa itu seorang diri selepas kehilangan isteri beberapa tahun lalu.

“Anak saya didiagnosiskan penyakit ini semasa umurnya 10 tahun dan saya terus menghantarnya ke sekolah yang ada kelas Pendidikan Khas.

“Hazeem menerima Anugerah Tokoh Kokurikulum bagi Program Pendidikan Khas Integrasi sesi akademik 2024/2025,” katanya secara eksklusif bersama Sinar Bestari.

Anugerah yang diterimanya melibatkan pingat emas 100 meter lelaki bawah 12 tahun dengan catatan 14.87 saat.

Muhammad Hazeem juga terlibat dengan kejohanan petanque pendidikan khas jemputan antara daerah Kulim di Kedah, kejohanan merentas desa dan kejohanan olahraga pendidikan khas bagi acara 400 meter serta 800 meter.

Meskipun mengalami kekurangan, namun ia tidak menghalang anak Disleksia itu menyertai kem jati diri peringkat sekolah yang membukti dia meminati aktiviti sukan.

Sanusi juga aktif berkongsi pengalaman di media sosial untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai potensi anak-anak istimewa dan mempercayai mereka berhak mendapat peluang untuk menyerlahkan bakat yang diminati.

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp