Warga SMK Sungkai hasilkan arca ‘Giant Flag’ dengan 1,288 keping sarang telur terpakai, kreatif sungguh!
Warga SMK Sungkai hasilkan arca ‘Giant Flag’ dengan 1,288 keping sarang telur terpakai, kreatif sungguh!

Warga SMK Sungkai hasilkan arca ‘Giant Flag’ dengan 1,288 keping sarang telur terpakai, kreatif sungguh!

Roshlawaty Md Raieh
27 Sep 2022 02:45pm
A
A
A

Rajin dan kreatif. Itulah yang dapat penulis katakan kepada Panitia Pendidikan Moral dan Bahasa Tamil Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungkai, Sungkai, Perak, yang berjaya menghasilkan arca ‘Giant Flag’ daripada sarang telur terpakai berjumlah 1,288 keping.

Berkongsi dengan Sinar Bestari, Penolong Kanan Kokurikulum, Noreha Yusop berkata, untuk menyiapkan arca tersebut ia mengambil masa selama seminggu dan yang paling mengagumkan, projek kreatif itu dihasilkan oleh semua warga sekolah.

Menurut Noreha, sarang telur yang digunakan dalam penghasilan arca tersebut adalah hasil sumbangan pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat setempat.

“Bukan mudah untuk mengumpul ribuan sarang telur terpakai ini. Bagaimanapun, usaha keras yang dilakukan oleh warga sekolah membuatkan saya terharu.

“Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam projek kreatif tersebut,” ujarnya dan menambah penghasilan arca ‘Giant Flag’ itu mengambil kira 14 elemen Konsep Sekolahku Sejahtera dan iltizam SMK Sungkai dalam menjadikan amalan baik 3R (Reduce, Reuse dan Recycle) sebagai budaya sekolah.

Arca ‘Giant Flag’ menggunakan 1,288 keping sarang telur terpakai.

Arca ‘Giant Flag’ dihasilkan bersempena sambutan Bulan Kebangsaan SMK Sungkai yang berlangsung pada 10 Ogos hingga 16 September lalu.

Selain aktiviti penghasilan arca, pihak sekolah turut menjalankan beberapa aktiviti lain seperti pertandingan e-Sport ML Merdeka; pertandingan Swafoto Famili Merdeka; pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik; Teka Jumlah Sarang Telur ‘Giant Flag’; majlis bacaan yasin dan tazkirah serta sambutan malam Ambang Merdeka.

Sangat istimewa dan meriah

Sementara itu, majlis penutup sambutan Bulan Kebangsaan SMK Sungkai yang diadakan baru-baru ini begitu istimewa dan sungguh bermakna kerana dihadiri semua warga sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Walaupun kita anjurkan pada waktu malam di gelangang sepak takraw sekolah, tetapi mereka tetap memberikan kerjasama baik dengan hadir pada majlis penutup tersebut.

Pelajar SMK Sungkai bergotong royong menyediakan hidangan sempena majlis penutup sambutan Bulan Kebangsaan.

“Tidak dilupakan juga, terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG, Saiful Amran Mohamad Saad kerana sudi merasmikan majlis penutup ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengetua SMK Sungkai, Siti Khadijah Ngosman melahirkan rasa syukur kerana majlis berjalan dengan lancar dan teratur.

“Sebagai pentadbir, besar harapan saya agar warga sekolah sentiasa mengorak langkah sederap bersama-sama membangunkan modal insan berlandaskan kejayaan generasi terdahulu dalam memperjuangkan dan memperkukuh nilai kemerdekaan tanah air kita ini,” jelas beliau.

Antara pelajar yang menghadiri majlis penutup sambutan Bulan Kebangsaan, baru-baru ini.

Artikel berkaitan 

Konvoi Merdeka 3.0 beri keterujaan dan pengalaman baharu kepada peserta

8 kronologi kemerdekaan negara

Murid tonjol semangat patriotisme, cipta robot Merdeka Rero Micro


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok