Mohamed Khaled
Mohamed Khaled

Yuran pendaftaran RM1,500 bermula Januari 2024, universiti awam diminta patuh

01 Nov 2023 03:17pm
A
A
A

Universiti awam di negara ini diminta mematuhi ketetapan kerajaan untuk mengehadkan yuran pendaftaran masuk ke universiti awam tidak melebihi RM1,500 bermula Januari 2024.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sekiranya terdapat pihak universiti yang melanggar arahan berkenaan, kementerian itu akan mengambil tindakan sewajarnya.

"Bagaimanapun saya percaya apabila ada arahan dan keputusan jelas, unversiti tidak akan melanggar arahan tersebut.

"(Kalau langgar) tunggu kementerian datang," beliau berkata pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Pasaran Kerja Graduan (PPKG) anjuran KPT dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Dalam Belanjawan 2024, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bermula Januari tahun depan yuran bagi tujuan pendaftaran masuk ke universiti awam dihadkan tidak melebihi RM1,500.

Beliau berkata, langkah itu selari dengan nilai pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) oleh PTPTN berjumlah RM1,500 kepada semua bakal pelajar baharu yang layak. - BERNAMA

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok