Untitled design (5)
Untitled design (5)

Zakat RM30.8 juta memanfaatkan sektor pendidikan negeri Pahang tahun lalu.

firdaus.hanafi
25 Jan 2023 08:17pm
A
A
A

Dalam Islam, zakat memainkan peranan penting supaya jurang antara mereka yang berkemampuan serta tidak berkemampuan dapat dikurangkan serta terkawal.

Ia bukan sahaja mendatangkan manfaat kepada orang perseorangan tetapi juga untuk komuniti dan masyarakat setempat dalam usaha meningkatkan kualiti taraf hidup mereka lebih-lebih lagi dari segi pendidikan.

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), baru-baru ini telah mengagihkan zakat sebanyak RM30.8 juta yang diberikan dalam beberapa bentuk skim bantuan untuk pembangunan sektor pendidikan di negeri itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Hairi Hussain, bantuan tertinggi adalah sebanyak RM13.6 juta dalam bentuk skim dermasiswa yang disalurkan kepada 21,246 orang penerima.

Tambah beliau, ia diikuti bantuan awal berjumlah RM8.2 juta yang diberikan kepada 8,188 pelajar bagi melanjutkan pengajian masing-masing di institut pendidikan tinggi (IPT) serta RM2.8 juta untuk menaik taraf sekolah dan asrama.

“RM2.3 juta akan digunakan bagi tujuan selenggara serta naik taraf fasiliti surau di sekolah serta bagi tujuan program keagamaan di sekolah rendah serta menengah kebangsaan.

“Untuk skim lain berkaitan elaun guru al-Quran, skim bantuan tambang penerbangan pelajar ke luar negara, skim biasiswa dan lain-lain adalah sebanyak RM1.4 juta,” ujarnya dalam Majlis Agihan Zakat Kepada Institusi Pendidikan Pahang di Hotel Grand Makmur, Pahang, baru-baru ini

Hadir sama Timbalan Yang Dipertua MUIP, Tengku Panglima Raja, Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dalam majlis yang sama, sebanyak 45 buah institusi pendidikan di negeri Pahang menerima bantuan berjumlah RM3.7 juta.

Tutur Ahmad Hairi lagi, bantuan turut diberikan kepada 18 sekolah menengah agama negeri, 23 sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, Universiti Malaysia Pahang (UMP), satu jabatan kerajaan serta satu persatuan guru.

Kata beliau, bantuan itu disalurkan bagi memberikan pengalaman suasana pembelajaran yang sempurna dari segi kemudahan asas.

Selain itu ia juga untuk digunakan bagi membaiki membaiki sebarang kerosakan pada bagunan asrama, menyediakan komputer dan juga penganjuran program keagamaan.

“Lebih ramai yang datang membayar zakat dengan Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang, lebih ramai lagi golongan asnaf di negeri Pahang ini dapat dibantu,” ujarnya.

Banyak langkah dan inisiatif telah MUIP serta PKZ usahakan bagi menarik lebih ramai lagi orang datang untuk menyelesaikan bayaran zakat mereka.

Lebih memudahkan apabila kini pembayaran zakat juga sudah selari dengan teknologi terkini di mana proses bayaran boleh dilakukan secara dalam talian jika tidak mahu dilakukan secara tunai.

Artikel Berkaitan

UMT peka nasib pelajar golongan asnaf, sumbang zakat RM250,000

Pelajar semester baharu teruja… Golongan asnaf terima kit keperluan asas, pengangkutan percuma

KPT salur RM 2 juta, saran IPT terkesan laksana PdP secara dalam talian

 


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok