3 teknik yang perlu cikgu guna sepanjang PdPR berlangsung. Moga bermanfaat!
3 teknik yang perlu cikgu guna sepanjang PdPR berlangsung. Moga bermanfaat!

3 teknik yang perlu cikgu guna sepanjang PdPR berlangsung. Moga bermanfaat!

Roshlawaty Md Raieh
21 Jan 2021 08:21am
A
A
A

Sudah bersediakah guru-guru kita dengan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)?

Apakah yang telah cikgu lakukan setelah beberapa hari memulakan sesi persekolahan 2021?

Guru Sains Sekolah Kebangsaan Jengka Pusat 2, Pahang, Cikgu Mohamad Safuan Rozak berkongsi beberapa teknik yang boleh dilakukan oleh cikgu-cikgu sepanjang PdPR ini berlangsung.

“Kemungkinan PdPR akan berlarutan dalam tempoh masa yang lebih lama.

“Jadi saya berharap, semua cikgu dapat gunakan teknik ini sebagai panduan,” ujarnya.

1) Live Streaming

Ini merupakan kaedah yang terbaik boleh dilakukan oleh guru. PKP kali pertama telah menjadikan para guru di Malaysia menggali banyak ilmu untuk memantapkan sesi PdPR. Pelbagai aplikasi sememangnya tersedia untuk digunakan antaranya Google Meet, Zoom, Streamyard, Youtube Live, Facebook Live dan banyak lagi.

Jika murid mempunyai kemudahan internet yang baik, maka inilah platform yang terbaik untuk digunakan.

Tonton video mudahnya mengajar guna saluran Youtube di bawah

 https://youtu.be/KjyLn-sNKEQ

2) Rakaman video

Kekangan waktu bekerja ibu bapa memungkinkan sesi live guru bersama murid agak kurang mendapat sambutan. Justeru guru boleh merakam video PdPR mereka yang dijalankan secara google meet dan kemudiannya dimuat naik ke saluran Youtube bagi membolehkan murid mengakses sesi PdPR pada bila-bila masa.

Guru-guru juga secara kreatif boleh menghasilkan video PdPC hanya menggunakan aplikasi mudah seperti Microsoft Power Point.

Tonton video cara hasilkan video menerusi Power Point di bawah

https://youtu.be/GQiDTKid9dk

3) Nota info grafik

Kaedah pemberian soalan latihan tanpa penerangan sebenarnya adalah sesuatu yang memberi kesukaran kepada murid dan juga ibu bapa.

Sekiranya para guru berhadapan dengan kesukaran dengan capaian internet berkelajuan tinggi, maka nota secara info grafik juga boleh membantu memberi kefahaman kepada murid dalam menyiapkan tugasan yang diberi.

Nota secara info grafik ini boleh diedarkan sama ada melalui Whatsapps Group atau pun modul bertulis yang boleh diedarkan secara berkala.

Perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa PdPR:

1) Elakkan pemberian tanpa penerangan seperti tiga kaedah yang dicadangkan di atas.

2) Elakkan pemberian kuantiti latihan yang terlalu banyak

Cadangan Penambahbaikan

1) Beri penumpuan kepada subjek teras sahaja.

2) Tetapkan kuantiti subjek/ hari dengan mengambil kira pelbagai kekangan

Dalam apa jua tindakan yang diambil, apa yang diharapkan murid-murid kita adalah mempunyai keinginan dan keazaman untuk terus belajar.

Sumber: Blogspot Cikgu Safuan

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok