kobu-agency-pvMVecxVoW0-unsplash (1)
kobu-agency-pvMVecxVoW0-unsplash (1)

Adik-adik nak belajar melukis muka kartun, jom ikuti tutorial ini

webadmin
27 Aug 2021 04:07pm
A
A
A

Semua orang boleh melukis, cuma sama ada lukisan itu cantik atau tidak sahaja. Kalau tak cantik, jangan risau kerana perkara itu boleh diasah. Kalau setiap hari berlatih, pasti lama kelamaan hasilnya akan memuaskan hati.

Jadi, nak tahu tak cara melukis yang betul. Ikuti tutorial melukis muka kartun dengan cara mudah ini.

Secara asasnya, kepala manusia mempunyai rambut, mata, telinga, hidung dan mulut.

Jom kita belajar satu persatu melalui gambar di bawah.

Langkah 1: Buat garisan bulat untuk membantu lakaran.

Langkah 2: Buat garisan tegak di tengah-tengah bulatan. Panjangkan sedikit ke bawah untuk bahagian leher. Seterusnya buat garisan melintang di tengah-tengah juga. Panjangkan sedikit ke tepi.

Langkah 3: Buat satu lagi garis melintang di bawah bulatan dan sama panjang dengan garis melintang sebelumnya.

Langkah 4: Buat satu penanda kecil di bawah garis menegak tadi.

Langkah 5: Buat garis sedikit melintang dimulai dari sisi kiri, kemudian ke bawah penanda yang kita buat tadi. Garisan ini akan membentuk rahang muka dan dagu.

Langkah 6: Buat perkara yang sama untuk sebelah kanan pula.

Langkah 7: Perhaluskan garis di tepi pipi agar lebih bersih dan licin dan padamkan garisan yang tidak berkenaan.

Langkah 8: Buat beberapa tanda iaitu 3 tanda di sebelah kiri dan kanan untuk membuat gambar mata.

Langkah 9: Buat garis lengkung untuk kelopak atas dan bawah mata.

Langkah 10: Buat anak mata dan kening.

Langkah 11: Buat lukisan hidung dan mulut.

Langkah 12: Buat lukisan telinga. Garis telinga adalah kurang lebih sama dengan huruf C dan lipatan dalam daun telinga adalah berbentuk huruf S. Posisi terbaik untuk telinga adalah dari bahagian tengah mata sehingga paras bawah hidung.

Langkah 13: Padamkan garisan lakaran dan kemaskan lukisan.

Langkah 14: Buat lakaran untuk melukis. Sila gunakan 2 garisan lengkung atas dan bawah.

Langkah 15: Buat lukisan rambut. Gaya rambut adalah mengikut cita rasa anda!

Tadaa… lukisan muka kartun kini sudah siap! Jangan simpan sahaja, kongsikan sekali hasil lukisan ini di media sosial masing-masing.

Jika tak puas hati lagi, boleh juga tambah warna untuk mencantikkan lagi lukisan ini. Selamat mencuba

Sumber: Azhan.co

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok