WhatsApp Image 2021-12-09 at 2.33.12 PM
WhatsApp Image 2021-12-09 at 2.33.12 PM

(VIDEO) Murid pendidikan khas OKU penglihatan juga boleh bermain ‘Snake & Ladder’ dan ‘Dominos’

Adlan Farhan Azwan
09 Dec 2021 02:34pm
A
A
A

Bagi kanak-kanak biasa, bermain bersama rakan-rakan merupakan perkara yang sangat digemari.

Namun, bagaimana pula dengan kanak-kanak berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) dari segi penglihatan. Ini kerana pemilihan bagi mereka agak terhad kerana kebanyakan permainan memerlukan deria penglihatan.

Perkara ini mungkin dianggap kecil oleh sebilangan orang, namun bagi kanak-kanak OKU ia merupakan perkara yang besar dan amat bermakna jika dapat bermain bersama rakan-rakan yang lain.

Justeru, perkongsian Cikgu Wan Muadzam Wan Abidin dari Sekolah Kebangsaan Klang yang merupakan seorang guru pendidikan khas penglihatan ini wajar diberi perhatian.

Cikgu Wan Muadzam banyak membuat video tentang proses pembelajaran murid pendidikan khas penglihatan. Antara yang menarik ialah permainan papan atau ‘board games’ yang digunakan oleh murid OKU penglihatan.

BACA JUGA: Netizen terharu lihat kesungguhan pelajar OKU penglihatan tekun belajar guna tongkat di TikTok

BACA JUGA: Penubuhan Unit Perkhidmatan OKU di 20 universiti awam – KPT

Ikuti perkongsian menarik oleh beliau di bawah.

[embed]https://www.tiktok.com/@cguazam/video/7034685733239541019?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1[/embed]

Melalui video ini, kita boleh lihat gelagat murid dan juga guru yang membimbing bersama-sama bermain permainan ‘Snake & Ladder’ dan juga ‘Dominos’.

[embed]https://www.tiktok.com/@cguazam/video/7035539945917779226?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1[/embed]

Dalam video ini pula, dadu yang mempunyai braille digunakan bagi menggantikan dadu tradisional supaya murid-murid dapat menggunakan deria sentuh untuk mengetahui berapa nombor yang tertera di dadu itu.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

Ia berfungsi dengan menekan butang di bahagian bawah sambil memutarkan bahagian tengah dadu itu menggunakan tangan kiri. Kemudian, murid tersebut melepaskan butang itu supaya dadu berhenti dan murid akan sentuh di atas permukaan dadu yang mempunyai braille bagi mengetahui nombor yang diperoleh. 

Sumber: TikTok @cguazam

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok