Kredit foto Facebook Khairul Abdullah
Kredit foto Facebook Khairul Abdullah

Guru dan ibu bapa, atasi isu murid bisu terpilih di sekolah

Rasyidah Zulkifi
21 Jun 2022 02:07pm
A
A
A

Murid yang pendiam di sekolah bukanlah kerana tidak mahu bercakap tetapi mereka menghidap ‘selective mutism’ atau bisu terpilih.

Bagaimanapun, ia bukan bermaksud murid itu cacat tetapi dia memilih dengan siapa dia akan berkomunikasi.

Kebiasaannya, mereka akan menjadi petah berbicara dengan kenalan rapat seperti ahli keluarga dan sahabat karib, namun bukan dengan orang luar.

Jika ibu bapa sudah mengesan tabiat ini pada diri anak, maka segeralah bawa mereka jumpa ke pakar.

Seperti yang dikongsikan pengguna Facebook, Khairul Abdullah pakar mengajar teknik untuk memulihkan keadaan anak yang menghidap masalah ini.

Guru di sekolah boleh bantu murid ini berinteraksi dengan tip-tip berikut.

***

Melalui apa yang diajar oleh doktor dan juga dari buku serta nota kajian, maka berikut adalah perkara yang para cikgu boleh bantu murid yang menghidap ‘Selective Mutism’ ini. 

  1. Beli jiwa murid tersebut. Jangan paksa dia bercakap tetapi kenal dan rapat dengan mereka dahulu kerana biasanya murid begini mengikut arahan, cuma dia tak bercakap. 
  2. Utamakan mereka di kelas. Lagi tidak dipedulikan, murid akan membisu sampai tamat sekolah. Sehingga masuk universiti pun masih ada juga yang tidak bercakap. Tunjukkan yang murid tadi adalah sama penting seperti murid lain. 
  3. Jangan paksa mereka bercakap. Jangan menunjukkan emosi marah apabila mereka tidak bersuara dan menjawab soalan. Bukan mereka tidak mahu tetapi kebimbangan menguasai diri. 
  4. Galak murid untuk berbisik jika ingin memberitahu sesuatu. Pergi dekat mereka kemudian, tanya soalan perlahan dan rapatkan telinga ke muka dia agar dia dapat jawab dengan perlahan. Cuba selalu, sebab kalau sekadar sekali dua belum tentu berjaya. 
  5. Elakkan menghukum. Jangan hukum murid yang tidak mahu bercakap ini. Kalau masih melakukan ini, dia tidak akan bercakap langsung. 
  6. Utamakan keperluan murid. Cuba tanya di mana dia selesa duduk dalam kelas. Meja tepi tingkap ke, belakang ke, sebelah sesiapa ke atau dalam mana-mana kumpulan. Mereka akan mengangguk atau menggeleng untuk menjawab.
  7. Selalu berhubung dan berkomunikasi dengan ibu bapa murid berkenaan. Cuba cari punca dan jalan bagi sama-sama membantu murid tadi. 
  8. Dalam kes tertentu yang tak dapat dibantu, mohon maklumkan kepada mak ayah untuk bawa anak tersebut berjumpa pakar psikiatri kanak-kanak untuk dibantu dengan segera. 

Itulah serba sedikit yang para cikgu boleh buat di sekolah untuk bantu murid-murid yang hadapi ‘selective mutism’ atau bisu terpilih ini. 

Insya-ALLAH  dengan bantuan para guru dan juga usaha ibu bapa sendiri, isu ini akan dapat diatasi dengan segera.

Artikel berkaitan

Guru Bimbingan dan Kaunseling ini terus diganggu dengan 4 kelibat aneh yang menakutkan… 

Isu murid makan atas lantai, ini pengajaran yang boleh dipelajari

Cikgu senyap dan pendiam, anda sebenarnya pilihan utama warga sekolah 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok