sayf mecca 35 rakan hotwheels truck Belikan makanan untuk anak yatim murid 6 tahun sanggup lelong kereta mainan serendah RM2Belikan makanan untuk anak yatim murid 6 tahun sanggup lelong kereta mainan serendah RM2
sayf mecca 35 rakan hotwheels truck Belikan makanan untuk anak yatim murid 6 tahun sanggup lelong kereta mainan serendah RM2Belikan makanan untuk anak yatim murid 6 tahun sanggup lelong kereta mainan serendah RM2

Belikan makanan untuk anak yatim, murid 6 tahun sanggup lelong kereta mainan serendah RM2

Rasyidah Zulkifi
08 Apr 2022 04:25pm
A
A
A

Pendidikan awal kanak-kanak yang sebenarnya bermula dari rumah iaitu melalui asuhan ibu bapa.

Jika dididik dengan nilai-nilai murni, kebiasaannya mereka akan menjadi individu yang mempunyai empati.

Baca juga

Ciri-ciri pentadbir yang diinginkan guru-guru di Malaysia…Ini senarainya

Sekumpulan pelajar kumpul buku dan mainan terpakai, agih kepada golongan memerlukan

Sifat ini terserlah pada diri murid lelaki yang berusia 6 tahun melalui video di Twitter, Sayf Mecca, yang memahami nasib orang dalam kesusahan.

Dia membuat jualan amal di hadapan rumahnya bagi membantu 35 anak yatim dan juga rakan-rakan yang kurang bernasib baik.

Idea tersebut mendapat sokongan ibunya dengan nama pengguna akaun Twitter, Adawiyah, individu yang memuat naik hantaran itu.

Difahamkan, Sayf Mecca menjual kereta berjenama ‘Hot Wheels’ dan ‘monster truck’ dengan harga RM2 hingga RM5 setiap satu.

Hasilnya, beliau jadikan modal untuk membeli juadah McDonald’s bagi disumbangkan kepada anak-anak yatim dan semua rakannya itu.

Menerusi hantaran video yang berdurasi 10 saat, jelas menunjukkan riak wajah Sayf Mecca malu-malu ketika sesi pemberian makanan kepada mereka.

Pada masa sama, kelihatan juga kanak-kanak yang kurang bernasib baik itu mengukir senyuman gembira apabila mendapat makanan segera tersebut.

Hantaran itu berjaya meraih 25,800 tontonan daripada warganet yang rata-rata mengagumi cara didikan Adawiyah terhadap Sayf Mecca. Antaranya termasuk;

@callmeodahhhhh : Berjiwa besar adik ini. Pandai ibu bapa didik. Semoga jadi anak yang soleh penyejuk mata ibu ayah.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

@bluefleur268 : Hebatnya ibu yang membesarkan. Semoga ALLAH memberkati dia dengan lebih banyak rezeki kerana membahagiakan rakan-rakannya yang kurang bernasib baik!

@AkifNajmiLS7 : Langkah yang baik, Sayf Mecca. Alhamdulillah didikan baik dari ibu bapanya juga. Semoga dipermudahkan urusan sekeluarga.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok