HomeBuletinSekumpulan pelajar kumpul buku dan mainan terpakai, agih kepada golongan memerlukan

Artikel Berkaitan

Sekumpulan pelajar kumpul buku dan mainan terpakai, agih kepada golongan memerlukan

KUALA LUMPUR – Koleksi buku dan mainan terpakai berjaya dikumpul oleh sekumpulan pelajar dari Sekolah Menengah Antarabangsa Sri Desa (Sri Desa International Secondary School), Kuala Lumpur, untuk diagihkan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik seluruh Malaysia tidak lama lagi.

Pengarah program, Sheryn Low berkata, koleksi barangan itu dikendalikan di bawah program menghulurkan bantuan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik anjuran sekolah berkenaan.

Menurutnya, masih ramai kanak-kanak yang tidak berkemampuan untuk memiliki koleksi buku, alat tulis mahupun mainan kegemaran di sebabkan masalah kewangan. Justeru pihak sekolah merasakan mereka perlu membantu golongan ini dengan berkongsi mainan dan buku-buku yang sedia ada.

“Usaha ini dilihat sebagai salah satu cara agar kita lebih bersyukur dan mempunyai sifat prihatin dalam diri.

“Kerana itu, program ini diwujudkan bagi mengumpul barangan terpakai dan diagihkan kepada yang memerlukan,” katanya.

Sheryn Low

Baca juga 

Masa depan generasi pandemik Covid-19

‘Bos aku ni tidak pernah bagi arahan tapi ayatnya “Minta tolong ya cikgu-cikgu, kita pakat buat no”

Sebanyak 17 kotak sumbangan berupa mainan dan buku-buku berjaya dikumpul dan ia akan diberikan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik melalui Toy Libraries Malaysia.

Dalam pada itu, Pengetua sekolah, Janice Saw menyifatkan, usaha pelajar-pelajar ini adalah sesuatu yang membanggakan sekolah dan beliau sentiasa memberikan galakan dan sokongan kepada mereka untuk bergiat aktif dalam pelbagai bidang termasuklah kesukarelawanan.

Janice Saw (tengah) menyerahkan sumbangan kepada Ketua Toys Libries Malaysia, Datin PH Wong (kiri), baru-baru ini.

“Pihak sekolah berbangga dengan pelajar yang telah mengambil inisiatif murni ini dan bersedia memberi khidmat kepada masyarakat selaras dengan visi sekolah.

“Melalui projek seperti ini, kami berharap dapat membangunkan sifat empati dan menggalakkan pelajar mencari ‘sesuatu’ untuk memberi kembali kepada masyarakat dalam kapasiti mereka sendiri,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Diharapkan usaha pelajar Sekolah Menengah Antarabangsa Sri Desa ini akan berterusan pada masa akan datang dan dapat melahirkan generasi yang prihatin terhadap masyarakat sekeliling.

Terdahulu, sekumpulan pelajar sekolah itu telah melaksanakan Program Chinese New Year Virtual Donation Drive yang bertujuan membantu masyarakat kurang bernasib baik untuk sama-sama merayakan perayaan Tahun Baharu Cina, awal Februari lalu.

Artikel Terkini