IMG_1055
IMG_1055

Menariknya pen khat buatan sendiri, langkah demi langkah membuatnya

Adlan Farhan Azwan
04 Feb 2022 07:35pm
A
A
A

Penulisan khat dan Tamadun Islam tidak asing lagi di negara ini. Tulisan khat merupakan antara seni yang menarik dan paling banyak digunakan sehingga ke hari ini.

Kemahiran penulisan khat di Malaysia telah disertakan dengan elemen moden. Banyak rumah yang masih mengekalkan kesenian Islam dengan menggunakan dekor penulisan khat sebagai hiasan di dalam dan di luar rumah.

Antara peranan besar yang menentukan sama ada penulisan khat cantik atau tidak adalah peralatan yang digunakan. Pen khat merupakan alatan wajib ada bagi setiap penulis khat.

Justeru itu ada yang membeli pen khat yang banyak dijual di kedai alat tulis dan ada juga yang membuatnya sendiri. Bergantung kepada kreativiti masing-masing, ada juga yang menggunakan mata buluh dan kayu resam sebagai pemegangnya.

GPSBestari tertarik dengan satu hantaran oleh Pakar Penulisan Khat, Abdul Wahab Khalid yang telah memenangi banyak anugerah hasil daripada sumbangan beliau terhadap seni penulisan khat.

Baca juga Ustazah Munera cipta inovasi SUAR IL-WI bantu murid mahir jawi. Tak sangka, ini kata guru dan ibu bapa…

Baca juga 20 pelajar SEPINTAR terpantas khatam al-Quran 30 juzuk hingga tersenarai dalam Sofwatul Huffaz!

Ikuti perkongsian tersebut di bawah.

**

Untuk pembuatan pen khat kali ini, saya akan menggunakan batang kayu berus lukisan.

Sebelum kita mula mengasah, sila pastikan berus yang anda beli bukan diperbuat daripada bulu yang mengandungi bahan yang terlarang.

Langkah 1

Beli berus lukisan nylon bersaiz 12 atau yang lebih besar. Kayunya jenis cerah kekuningan dan nampak urat kayunya. Bermakna kayu ini berkualiti tinggi dan agak keras. Jadi, kayu sebegini sesuai digunakan untuk dijadikan pen khat.

Langkah 2

Potong pada bahagian berus.

Langkah 3

Buang sebahagian hujung kayu seperti gambar di bawah. Gunakan pisau yang tajam dan kemudian kikirkan dengan kikir besi supaya kelihatan lebih kemas. Akhirnya ratakan permukaan kayu tersebut dengan kertas pasir.

Langkah 4

Raut dan buang kedua-dua sisi hujung mata kayu.

Langkah 5

Potong hujung mata pena supaya tirus begini. Sudut serong dalam 40 darjah.

Langkah 6

Asah kedua-dua permukaan mata pena supaya sama dan tidak terlalu tajam dengan menggunakan kertas pasir bernombor 200 hingga 300.

Langkah 7

Tandakan seperti gambar di bawah untuk sebagai panduan membuat alur aliran dakwat.

Langkah 8

Tebuk 3 lubang menggunakan mata drill halus 2mm.

Langkah 9

Buat alur aliran dakwat seperti gambar di bawah.

Buat di kedua-dua permukaan pena supaya aliran pen lancar dan tidak tersekat

Aliran dakwat ini lebih elok dibuat menggunakan gergaji mata halus 0.5mm yang biasanya digunakan oleh kedai iklan untuk memotong akrilik atau papan plastik akrilik.

Biasanya saiz berus 12 kita akan dapat membuat pen khat bersaiz antara 15 ke 16 mm.

SEDIA UNTUK DIGUNAKAN

Ini adalah contoh menggunakan dakwat Aerocolor di atas kertas seni.

Ini pula tulisan dakwat Aerocolor di atas canvas.

Jadi macam mana? Mudah bukan? Aliran dakwat itu mesti dibuat supaya aliran dakwat menjadi lebih sekata dan bertahan lebih lama. Tulisan akan lebih lancar dan lembut.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Penghasilan pen khat buatan sendiri ini memakan masa dan juga memerlukan ketelitian yang tinggi. Namun, segala hasil titik peluh akan berbaloi apabila penulisan khat yang dihasilkan jauh lebih cantik berbanding penulisan khat yang menggunakan pen khat mekanikal yang boleh dibeli di kedai alat tulis.

Sumber: Khatboard

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok