HomeGen AlphaMudah sebenarnya menjahit lencana, murid boleh ikuti langkah ini tanpa bantuan ibu...

Mudah sebenarnya menjahit lencana, murid boleh ikuti langkah ini tanpa bantuan ibu bapa

Setiap murid di sekolah diwajibkan mempunyai lencana yang dijahit atau ditampal pada pakaian mengikut arahan sekolah masing-masing.

Dalam hal ini, ibu bapa kebiasaannya yang akan bertanggungjawab membantu anak-anak untuk menampal lencana di pakaian sekolah.

Menjahit terbukti lebih berkesan berbanding menampal kerana lencana lebih mudah terjatuh daripada pakaian sekiranya ditampal saja, lebih-lebih lagi murid sekolah rendah yang suka bermain dan menjalani aktiviti fizikal.

Namun, murid juga sebenarnya boleh menampal lencana tanpa memerlukan bantuan daripada ibu bapa.

Kali ini, Sinar Bestari ingin kongsikan empat kaedah mudah untuk menjahit lencana yang murid sendiri boleh ikuti.

Tip sebelum menampal lencana sekolah

  • Pastikan murid menyemak kedudukan lencana sekolah sebelum menampal bagi mengelakkan kesilapan berlaku.
  • Pastikan semua barang yang diperlukan lengkap sebelum memulakan kerja-kerja menampal lencana supaya proses jahitan berjalan lancar.
  • Pastikan pakaian dan lencana bersih supaya tidak terkesan jika digosok atau terkena gam mahupun air.
  • Pilih salah satu cara tampal lencana sekolah yang mudah untuk dicontohi. Pilih cara yang mudah, senang dan cepat dilakukan.
  • Pastikan lencana ditampal dengan baik supaya ia tidak mudah tertanggal.

Ayuh kita mulakan!

Alatan yang diperlukan:

Pakaian sekolah, lencana, gunting, benang, jarum dan seterika.

1. Gosok terlebih dahulu bahagian yang hendak dijahit supaya mengelakkan kedutan di bawah jahitan.

2. Letakkan sedikit gam di bahagian belakang lencana.

3. Gamkan lencana di tengah-tengah poket. Gunakan pembaris jika perlu

4. Gosok lencana pada poket dengan menggunakan seterika tanpa memerlukan penggunaan jarum peniti.

5. Masukkan benang ke dalam lubang jarum.

6. Mulakan menjahit. Semasa menjahit, pastikan tangan di dalam poket agar ia tidak bercantum dengan pakaian.

7. Teruskan dengan jahitan sembat susup di keliling lencana.

8. Selesai

Dengan hanya kurang daripada 10 langkah, murid boleh menjahit lencana pada pakaian sekolah dalam masa yang singkat sahaja.

Semoga perkongsian ini dapat membantu murid-murid menjahit dan seterusnya menerapkan sikap berdikari dalam diri.

Sumber: Blog Diza’s Family

Artikel berkaitan 

Tip menulis entri blog pendidikan, guru-guru wajib hadam perkongsian ini

Teknik mudah ikat tali leher sekolah, pelajar boleh ikuti 4 langkah mudah ini

Kemahiran sukan mampu bentuk jati diri anak, bukan sekadar menjadi atlet


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok