Murid Tahun Tiga dipukul hingga cedera akibat tampar rakan sekelas Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara kedua-dua belah pihak berlaku pukul 1 petang
Murid Tahun Tiga dipukul hingga cedera akibat tampar rakan sekelas Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara kedua-dua belah pihak berlaku pukul 1 petang

Murid Tahun Tiga dibuli hingga cedera, akibat tampar rakan sekelas

Rasyidah Zulkifi
26 Apr 2022 02:44pm
A
A
A

Dipukul hingga cedera merupakan contoh gejala buli di sekitar kawasan sekolah yang menjadi masalah disiplin yang serius dalam kalangan murid masyarakat kita.

Tingkah laku agresif ini bukan sahaja membabitkan sebilangan murid di sekolah menengah, malah sekolah rendah juga terdapat kes tersebut.

Baca juga

Lagi kes buli melibatkan pelajar sekolah, pelajar cedera disebabkan rebut perempuan

Keluarga antara faktor dorong individu menjadi pembuli

Seperti yang dilaporkan di media, baru-baru ini tular kisah seorang murid Tahun Tiga cedera dipukul oleh seorang lelaki.

Kejadian berlaku di luar pagar sekolah di daerah Kuala Terengganu kerana budak lelaki itu menampar rakannya.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din, kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara kedua-dua belah pihak berlaku pukul 1 petang.

Katanya, sebelum kejadian murid Tahun Tiga itu telah menampar rakan sekelasnya selepas bergaduh ketika bermain di luar pagar sekolah.

Abdul Rahim berkata, murid yang ditampar mengadu kepada bapanya sejurus lelaki tersebut sampai ke sekolah.

Lelaki berkenaan yang berang atas perbuatan yang dibuat ke anaknya dipercayai bertindak agresif.

Dia mencekik dan mengangkat sebelum menghempas mangsa ke bawah menyebabkan murid itu mengalami luka kecil di kepala dipercayai terkena batu.

Kemudian, bapa murid yang dipukul telah datang mengambil anaknya sebelum membuat laporan polis selepas dihubungi pihak sekolah yang memaklumkan kejadian berkenaan.

Kata Abdul Rahim lagi, mangsa pukul tersebut telah dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar.

"Kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan," katanya.

Secara keseluruhannya, kedua-dua perbuatan daripada murid dan lelaki tersebut adalah tingkah laku buruk yang boleh mendatangkan ancaman kepada orang lain.

Semoga jenayah buli di sekolah dapat dibanteras habis-hasbisan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok