Sangat cute! Murid Pemulihan Khas teruja tengok mimik muka Cikgu Roslee ketika mengajar
Guru Pemulihan Khas, Cikgu Roslee Abdul telah menggunakan bermacam-macam cara dalam menarik perhatian murid-muridnya untuk memahami apa yang diajar.
Yang terbaharu, beliau telah mempamerkan pelbagai aksi comel ketika mengajar murid Pemulihan Khas membina ayat majmuk.
Aksi kreatif dan menarik itu telah menarik perhatian warga maya hingga ramai memberi komen positif.
Noraziah Bt Zaid Azie: Semangat tu...
Mhmad Amyrulkhairy: Macam cute.
An Map: Hebat sifu.
Mas Too Raa: Terbaik cikgu.
Sakinah Khohar: Wowww hebat Cikgu Lee.
Nurhidayah Jamil: Mesti murid terhibur.
Valerie Hoe: Sifu Lee pelakon yang hebat. Murid-murid mesti bersemangat dan seronok!
Hamishah Hussin Zah Dollah: Dulu cikgu yang paling garang, sekarang cikgu yang paling penyayang dan disegani serta disayangi murid-murid. Terbaik Cikgu Roslee.
Di sini, kami kongsikan beberapa keping gambar menarik Cikgu Roslee ketika mengajar.
Diharapkan murid-murid Pemulihan Khas mendapat ‘sesuatu’ menerusi kesungguhan yang dipamerkan cikgu ini kepada mereka.
*****
Catatan bertarikh 29 November 2021
Sebelum ini saya kongsi murid saya sedang lakukan aktviti pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC).
Hari ini saya kongsikan pula aksi dan ragam cikgunya pula. Ramai yang komen sebelum ini selalu kongsikan aktiviti anak muridnya saja. Mana cikgunya tidak nampak.
Haaaa...jadi untuk istilah perkongsian agar yang baik boleh dicontohi dan yang tidak elok boleh 'direject'.
Terlebih dahulu saya jelaskan, dalam sesi ini jarak antara saya dan murid jauhnya dalam lapan meter. Sebabnya saya kena buka topeng mulut agar saya tidak dilanda sesak nafas dalam aksi tunjuk cara dan lakonan. Apabila dalam jarak tiga meter semasa murid menulis ayat baharu saya pakai 'face mask'.
Bukan senang hendak ajar murid Pemulihan Khas membina ayat majmuk. Kena ada aksi dan simulasi agar dapat ditunjukkan cara bagaimana untuk membina ayat yang betul dan lengkap serta menyelitkan unsur-unsur kecindan dalam PdPC saya.
Inilah realiti Guru Pemulihan Khas dan anak muridnya. Bukan sekadar 'membebel' tetapi ada persembahan dengan mimik muka dan gaya sekali. Ini cara saya. Murid saya gembira dan dapat belajar dengan cara ini.
Oh ya...lupa hendak beritahu, hari ini murid saya jadi jurugambar. Ok jugalah gambarnya. Bab aksi mimik muka tu, memang cekap betul mereka 'mengerjakan' saya. Saya gembira anak murid saya riang ria sambil belajar.
Alhamdulillah, objektif tercapai. Berkat rajin 'jogging' dapatlah buat aksi sama aktif dengan murid.
Sumber: Facebook BBM Lee
Artikel berkaitan
Cikgu Azmi tidak betah duduk diam, sanggup lukis mural di dinding STEMZA hingga cecah puluhan karya
15 orang guru terkejut! Tak sangka dinobatkan Hero PdPR Terbaik dan Hero PdPR Pilihan Khas Juri
Kecemerlangan murid SK Pendidikan Khas Miri cerminan penglibatan aktif ibu bapa dan komuniti