46080188_2307772906123874_1266878746590183424_n
46080188_2307772906123874_1266878746590183424_n

Sekolah tertua di Perak, SK St Micheal kaya dengan sejarah

Adlan Farhan Azwan
24 Feb 2022 07:33pm
A
A
A

Sekolah Kebangsaan (SMK) St Michael yang terletak di Jln Dato S P Seenivasagam, Ipoh, Perak merupakan salah sebuah sekolah tertua di negeri berkenaan yang mempunyai kekayaan dari segi sejarah pembentukannya.

Bangunan ini telah didirikan pada tahun 1912 manakala SK St Michael yang turut dikenali dengan nama St Michael Institution diasaskan oleh dua orang mubaligh Kristian iaitu 'Father J.B. Coppin dan 'Father Visitor James Byrne'.

Pada 1912, 'Father Byrne' memperoleh tapak sekolah ini dengan harga $6,000 pada waktu itu dan pada Disember tahun itu juga, sekolah ini dimulakan dengan 37 orang murid lelaki di dalam sebuah bangunan rumah Melayu separuh batu dan separuh kayu.

Baca juga

Rujukan bagi para guru baru, etika pemakaian ketika di sekolah

Pernas anjur Program Jejak Cemerlang, sasar peningkatan keputusan cemerlang pelajar SMK Seri Pantai

Tapak sekolah ini adalah sebahagian rumah perkampungan Melayu lama yang dikenali sebagai Kampung Pisang.

Guru besar pertama sekolah ini ialah P.J. Mor Singh. Pada 16 0gos 1920, P.J. Mor Singh telah meletakkan jawatannya dan ia diambil alih oleh dua orang mubaligh Kristian, iaitu Brother Paul dan Vernier-Auguste.

Arkitek sebenar yang mereka bentuk SK St Michael ini ialah 'Father Vernier-Auguste' yang juga mereka bentuk 'Chapel of St Francis Institution' di Melaka dan 'St John Institution' di Kuala Lumpur.

Arkitek yang melakukan penyerahan kepada ‘Kinta Sanitary Board' pada waktu itu ialah 'Stark and McNeil'.

Pada masa itu 'Kinta Sanitary Board' lambat memberikan kelulusan dan kontraktor yang menguruskan cadangan bangunan ini telah pula meninggal dunia, maka ketika itu pelan reka bentuk bangunan sekolah ini juga telah dibuat perubahan beberapa kali.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Pendudukan Jepun

Pada 17 Disember, tentera British telah berundur semasa penaklukan Jepun dan sekolah ini telah dijadikan sebagai markas tentera Jepun dan bilik-bilik rawatan pesakit.

Bangunan ini juga pernah dijadikan sebagai ibu pejabat pentadbiran negeri Perak dari tahun 1942 hingga 1945.

Pada 23 disember 1941 kapal terbang Jepun pernah menembak bangunan tersebut dan menyebabkan kerosakan yang teruk seterusnya memaksa semua paderi lari dari sekolah ini.

Sumber: Perpustakaan Desa Kuala Dipang

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok