Eksperimen sains mudah dan menyeronokkan, murid boleh cuba di rumah nanti!
Eksperimen sains mudah dan menyeronokkan, murid boleh cuba di rumah nanti!

Eksperimen sains mudah dan menyeronokkan, murid boleh cuba di rumah nanti!

Roshlawaty Md Raieh
15 Jun 2022 01:51pm
A
A
A

Biasanya murid-murid akan mengisi masa cuti mereka dengan bermain telefon pintar dan tablet yang diberikan ibu bapa atau penjaga.

Tidak kira cuti hujung minggu, cuti sekolah atau apa sahaja jenis cuti, gajet adalah alatan utama yang akan digunakan sebagai mengisi masa lapang anak-anak.

Bagi sesetengah ibu bapa, pemberian gajet mampu merangsang pemikiran anak selain membuatkan mereka gembira dan berhenti menangis (jika anak masih kecil).

Sebenarnya, terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan murid bagi mengisi masa luang mereka.

Misalnya membuat projek atau eksperimen sains yang senang dan menyeronokkan hanya dengan berada di rumah sahaja.

Sinar Bestari kongsikan sebahagian projek sains yang telah disusun untuk adik-adik lakukannya di rumah nanti.

Dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada, apa kata kita mulakan daripada sekarang.

Ayuh!

1) Bina Spektroskop anda sendiri

● Ambil kadbod keras daripada tisu gulung dapur atau tandas anda dan belah di bahagian bawahnya pada sudut 450. Pastikan potong belahan itu hanya separuh bahagian sahaja.

● Kemudian, potong lubang kecil di belakang tiub tersebut.

● Lakarkan bulatan hujung tiub pada sekeping kadbod dan potong lakaran itu.

● Seterusnya, gunting dengan nipis bentuk segi empat tepat, kira-kira 1/8” lebar di bahagian tengahnya.

● Gunakan pita pelekat untuk lekatkan bulatan itu pada spektroskop.

● Masukkan cakera padat (CD) di celah lubang, bahagian yang berkilat menghadap ke atas dan lekatkan dengan pita pelekat jika perlu.

Hasilnya: Apabila anda mendongak ke arah langit, anda dapat melihat pelangi muncul di CD tersebut. Ini berlaku kerana cahaya yang masuk ke spektroskop akan membelau/mendifraksi di bahagian atas dan di CD.

Difraksi berlaku apabila terdapat alur membengkok dan terbentang ketika melalui celahan tersebut. Apabila gelombang cahaya bertembung dengan celah-celah atau alur-alur kecil, seperti yang dapat dilihat pada permukaan CD, gangguan akan berlaku. Sesetengah warna mungkin menjadi lebih cerah kerana gangguan tersebut, manakala yang lain mungkin akan semakin pudar.

2) Eksperimen bunga api cecair

● Di dalam sebuah mangkuk yang leper, masukkan sedikit susu sehingga melitupi permukaan mangkuk tersebut.

● Tambahkan beberapa titik pewarna makanan di dalam mangkuk itu.

● Celupkan sebatang putik kapas dengan sabun cair.

● Celupkan putik kapas itu di dalam susu dan letakkan di tengah-tengah pewarna makanan dengan perlahan.

Hasilnya: Pewarna makanan itu akan tertolak menjauhi putik kapas tersebut. Susu diperbuat daripada lemak dan air, di mana lemak tidak larut di dalam air. Sabun pula diperbuat daripada molekul unik yang boleh bertindak balas dengan kedua-dua lemak dan air, membolehkan molekul lemak di dalam susu dapat larut dalam air dan bergerak ke sekelilingnya.

3) Eksperimen air yang berjalan

● Ambil lima gelas dan susun ia bersebelahan antara satu sama lain. Isikan tiga gelas dengan air secara berselang.

● Masukkan beberapa titik pewarna makanan di dalam air.

● Ambil tuala kertas dan lipatkannya memanjang dan susun seperti jambatan di antara gelas-gelas tersebut.

Hasilnya: Anda akan dapati yang tuala kertas itu mula menyerap sebahagian daripada air sebaik saja ia diletakkan di dalam gelas. Akibat daripada tindak balas kapilari, air akan mula diserap ke dalam tuala kertas dan menuruni ke gelas kosong di sebelahnya.

Eksperimen ini mengambil masa yang agak lama berbanding eksperimen lain seperti menunggu cat kering atau rumput nak tumbuh. Apabila paras air di dalam semua gelas sama, air itu akan berhenti mengalir tetapi anda mungkin perlu menunggu semalaman untuk ia berlaku. Unsur warna di dalam pewarna makanan bergabung untuk menghasilkan warna ketiga apabila dua jenis warna air dicampur bersama.

4) Belon mengembang sendiri

● Dengan menggunakan corong, isikan belon dengan sedikit serbuk penaik. Isikan secukupnya sehingga memenuhi separuh daripada belon itu.

● Dengan berhati-hati, letakkan belon tersebut di atas meja.

● Isikan botol air kosong dengan sedikit cuka.

● Bukakan corong belon dan letakkannya di muncung botol dan pastikan ia ketat. Pastikan juga ada orang dewasa yang memantau eksperimen ini.

● Pegang botol air dengan satu tangan dan gunakan tangan satu lagi untuk memasukkan serbuk penaik ke dalam botol itu.

Hasilnya: Tindak balas gas daripada serbuk penaik dan cuka menyebabkan belon mengembang sendiri. Apabila serbuk penaik dan cuka bercampur, asid karbonik akan terhasil dengan pantas. Buih-buih yang anda dapat lihat adalah disebabkan oleh tindak balas ini. Asid karbonik sangat tidak stabil dan ia akan terurai menjadi air dan karbon dioksida. Disebabkan karbon dioksida adalah sejenis gas yang memerlukan ruang yang luas, ia akan pantas tersebar ke dalam belon dan memenuhi setiap ruang.

5) Eksperimen lampu lava

● Untuk mencipta lampu lava yang cantik, masukkan minyak ke dalam botol kosong.

● Kemudian, tambahkan sedikit air dan pewarna makanan yang anda gemari.

● Pecahkan tablet Alka-Seltzer kepada empat bahagian yang sama. Masukkan satu bahagian ke dalam botol kaca tersebut.

Hasilnya: Air dan minyak tidak akan bercampur tidak kira betapa kuat anda menggoncang atau mengacaunya. Ini adalah eksperimen tentang ketumpatan.

Itulah kesemua lima eksperimen sains yang dikongsikan oleh 3M, syarikat yang menggunakan sains secara kolaboratif untuk menambah baik kehidupan harian.

Ini juga merupakan cara menarik untuk ibu bapa dan anak-anak mengeksplorasi eksperimen sains bersama-sama. Dengan dunia yang semakin dikuasai oleh teknologi, penting untuk kita meluangkan masa dalam menikmati kehidupan yang lebih bermakna.

Layari 3m.com/scienceathome untuk cuba pelbagai lagi eksperimen sains yang mudah dan menyeronokkan di rumah.

Selamat mencuba.

Artikel berkaitan 

7 tip menjadi atlet silat yang berjaya

Penyelidik UKM reka corak warisan Melayu pada telekung

4 tip pilih warna pakaian ke temu duga


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok