siti mariah
siti mariah

Program Prasekolah Khas Selangor, tawar pendidikan percuma untuk anak istimewa B40, M40

Rasyidah Zulkifi
04 Aug 2022 05:52pm
A
A
A

Kanak-kanak khas B40 dan M40 bakal menikmati kemudahan percuma yang dibuka kerajaan negeri di bawah Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) menerusi program Prasekolah Khas Anak Istimewa Selangor (Anis).

Menurut Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud, inisiatif tersebut membina penanda aras kepada pengusaha-pengusaha tadika, selain menyediakan peluang pendidikan kepada calon murid berkeperluan khas.

Tambahnya, program Prasekolah Khas Anis menumpukan perhatian terhadap murid dengan kategori masalah pembelajaran termasuklah Attention Deficits Hyperactive Disorder (ADHD), Global Developmental Delay (GDD), autisme dan ‘sindrom down’ yang berumur lima dan enam tahun.

"Antara syarat kelayakan ditetapkan bagi permohonan adalah warganegara Malaysia, ibu, bapa/ penjaga atau menetap di Selangor minimum 10 tahun, golongan B40 atau M40 dan murid pernah mengikuti Program Intervensi Awal selama minimum setahun.

"Ibu bapa dijemput membawa anak-anak mereka menghadiri prasaringan kemasukan ke Prasekolah Khas Anis di Karnival Pusat ANIS.

"Program akan berlangsung pada 6 Ogos 2022 (Sabtu) bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari bertempat di Pra-Sekolah Pusat Anis, Jalan Plumbum 7/100A, Seksyen 7, Shah Alam," katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Dalam pada itu, ujar beliau lagi, murid Prasekolah Khas Anis akan menjalani kelas intervensi awal selama empat hari seminggu dalam jangka waktu empat jam setiap hari.

"Pada pertengahan dan penghujung sesi persekolahan, murid akan menerima laporan komprehensif merangkumi perkembangan dan pencapaian sepanjang menjalani intervensi," tambahnya.

Pendaftaran awal boleh dibuat melalui https://bit.ly/3ShFTwN.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman web https://www.anisselangor.com/pusatanis.

Artikel berkaitan

Program Ramah Mesra I-Guru tingkatkan hubungan warga pendidik

Murid prasekolah teruja Iron Man datang sekolah. Kejutan yang menjadi! 

UMK agih 300 pek daging korban kepada kakitangan B40


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok