SK Kenering lancar program NILAM, sasar murid-murid suka membaca pelbagai genre buku
SK Kenering lancar program NILAM, sasar murid-murid suka membaca pelbagai genre buku

SK Kenering lancar program NILAM, sasar murid-murid suka membaca pelbagai genre buku

Roshlawaty Md Raieh
12 May 2022 03:01pm
A
A
A

Sekolah Kebangsaan (SK) Kenering, Gerik, Perak melancarkan program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) peringkat sekolah pada 28 April lalu sebagai usaha meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid.

Dengan tema ‘Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya’, pelancaran yang dibuat di dalam kelas 5 Akasia itu mendapat sambutan menggalakkan daripada warga sekolah.

Program yang dirasmikan oleh Penolong Kanan 1, Cikgu Rosmawati Ibrahim menyediakan pelbagai acara menarik seperti gimik pelancaran, penyampaian slip NILAM kepada murid-murid 5 Akasia dan sebagainya.

Terdahulu, Program NILAM yang mula diperkenalkan pada 1998 itu merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dan sedang dijalankan di sekolah dengan memberikan pengiktirafan yang sesuai kepada murid.

Ia merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dan objektifnya adalah melahirkan murid yang suka membaca dan menggalakkan warga sekolah terus menjana idea kreatif serta inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

Baca juga

Peperiksaan Semester 3 STPM 2021 dipinda, berikut tarikh baharu yang ditetapkan MPM 

UTHM kenal pasti 25 tapak sejarah dan budaya, berpotensi sebagai aset warisan Batu Pahat

Pada 2018, NILAM ditambah baik supaya dapat melestarikan budaya membaca sepanjang hayat dalam kalangan murid selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025.

Ia lebih berfokus kepada kualiti pembacaan bahan yang dibaca seseorang pelajar.

“Ia adalah gabungan aktiviti pembacaan dengan aktiviti penggayaan selepas pembacaan. Bahan yang boleh dibaca lebih pelbagai dan tidak terikat kepada buku berbentuk fizikal sahaja.

“Pengesanan pembacaan dibuat melalui rekod bacaan yang diisi murid. Pengukuran minat membaca diukur berdasarkan kiraan yang tercatat dalam rekod bacaan NILAM,” kata Guru Cemerlang Bahasa Arab, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Hamidiah, Kajang, Cikgu Mohd Saudi Abdullah, baru-baru ini.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok