ABACUS-SEMPOA-copy
ABACUS-SEMPOA-copy

The Human Calculator - bakat semula jadi ke?

Mohd Khairi Mohamad Yusri
08 Jul 2021 12:54pm
A
A
A

“It was astounding, you are the human calculator!”

“It was really fun to see you beating the calculator”

Itu adalah antara komen daripada para juri yang terpukau dengan Yaashwin Sarawanan setelah mempamerkan kelebihan mengiranya yang sangat pantas ketika muncul buat pertama kali di pentas Asia Got Talent 2019.

Yaashwin Sarawanan ketika pusingan akhir Asia Got Talent 2019

Mungkin ada yang mengjangkakan bahawa kemahiran mengira dengan sangat pantas itu adalah kemahiran semula jadi.

Namun, pemenang tempat kedua Asia Got Talent musim ke-3 itu menyatakan kelebihannya itu bukan kerana bakat semula jadi, namun ia adalah berkat daripada kerja kerasnya sejak di bangku sekolah.

Mendedahkan bahawa pada awalnya beliau sangat tidak menyukai Matematik namun semuanya berubah selepas menerima sebuah risalah daripada seorang guru mengenai sempoa.

sempoa

“Bila saya nampak risalah tu, tiba-tiba saja saya nak buat, kemudian saya bawa balik risalah itu ke rumah, dan ayah saya cakap ok,” katanya.

Menyatakan perjalanan itu tidak mudah kerana ketika berada di tahun pertama mengikuti kelas tersebut, dia gagal.

Yaashwin Sarawanan bersama keluarganya

“Selama 12 bulan membazir begitu sahaja kerana saya tidak boleh buat langsung. Ketika ujian, saya hanya main teka jawapan.

“Cikgu terkejut kerana saya jawab dengan pantas namun selepas disemak, semua jawapan saya salah,” jelasnya.

Yaashwin mengakui bahawa pada awalnya dia sudah berputus asa tetapi berkat dorongan dan kepercayaan bapanya yang menyarankan agar dia meneruskan kelas itu, akhirnya Yaashwin dapat menguasainya.

“Dari umur saya 7 tahun saya berlatih dan terus berlatih. Hanya selepas 3 tahun barulah dapat menjadi yang terbaik seperti saya hari ini,” ujarnya kepada Ajar.

Sumber: Youtube Ajar

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok