IMG_6972
IMG_6972

(VIDEO) Bantu kemaskan barang rakan OKU sebelum balik sekolah, cikgu terharu peribadi unggul murid

Rasyidah ZulkifiRasyidah Zulkifi
29 Mar 2022 06:52pm

Di Instagram, tular sebuah video memaparkan akhlak terpuji seorang murid perempuan di sekolah.

Hantaran tersebut dirakam dan dimuat naik oleh gurunya dengan nama pengguna Cik Atin.

Video yang berdurasi 15 saat itu walaupun ringkas jelas menunjukkan keprihatinan murid berkenaan membantu rakan sekelasnya yang merupakan murid berkeperluan khas (MBK) sebelum pulang dari sekolah.

Melalui video tersebut, guru wanita berkenaan menjelaskan murid perempuan itu kerap diambil ayahnya setiap kali pulang dari sekolah.

Hal yang membezakan pada hari berkenaan adalah beliau berasa pelik murid itu agak lambat keluar dari kelas sedangkan yang lain semua sudah pulang ke rumah.

“Habis kelas tadi, bila semua dah balik, tunggulah kejap sebab dalam kelas ada murid orang kurang upaya (OKU).

“Kemudian cikgu perasan dia tolong kemaskan beg kawan dia yang istimewa itu.

“Dia masukkan buku, pensel semualah,” katanya.

Menurutnya, murid itu benar-benar berniat mahu menolong rakannya berdasarkan tingkah laku yang ditunjukkan.

Guru wanita berkenaan nampak murid perempuan tersebut menyemak kelengkapan alat tulis berulang kali bagi memastikan tiada yang tertinggal.

“Dah siap, banyak kali dia cek bawah meja kawannya itu kemudian, baru dia keluar kelas.

“Sungguhlah cikgu bangga dengan awak.

“Semoga membesar jadi anak yang solehah,” ujarnya.

Video tersebut berjaya meraih 724,000 tontonan dengan 33,500 tanda suka daripada warganet yang rata-rata memuji sikap murid berkenaan. Antaranya termasuk;

@cg.siti_ : Peribadi unggul, mesti mak dan ayahnya pun bagus.

@fazlinzaini : Alhamdullilah terima kasih, cikgu sabar mendidik anak-anak murid ini. Anak ini pun hati dan perasaan sangat baik. Moga dia menjadi anak yang solehah dan cerdik pandai.

@shcz79 : Pandai ibu bapa ajar anak dia empati. Bagus sangat. Saya doakan berjaya dunia akhirat. Moga ALLAH jadikanmu anak solehah.

Artikel berkaitan

(VIDEO) Cikgu sayu lihat keadaan rumah murid Tahun 1 selepas pemergian ibu akibat kanser mulut

(VIDEO) 31 tahun berkhidmat sebagai guru di Sabah, detik perpisahan dikongsi murid undang kesedihan warganet

Terkejut dengan pemergian rakan-rakan, satu kelas turut rasa sayu


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp