47476146-C9A6-475A-9630-DFC70AF1F39A
47476146-C9A6-475A-9630-DFC70AF1F39A

Warna kasut: Murid boleh pilih hitam atau putih

Rasyidah Zulkifi
25 Feb 2022 07:37am
A
A
A

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 4 Tahun 2020 memaklumkan bahawa pemakaian kasut dan stoking hitam atau putih oleh murid sekolah telah dikuatkuasakan mulai 2021.

Baca juga

Kisah murid dan kasut yang ketat buat ramai menitiskan air mata

“15 hari tanpa kasut tumit tinggi, beg tangan berjenama dan baju formal kerana kamilah cleaner yang dimaksudkan itu”

Peraturan tersebut melibatkan murid sekolah rendah dan menengah sepanjang sesi persekolahan.

Mereka dibenarkan memakai kasut sekolah berserta stoking sama ada berwarna hitam atau putih mengikut kesesuaian.

Melalui SPI itu juga KPM menetapkan kasut murid yang dibenarkan adalah diperbuat daripada bahan sintetik seperti nylon dan polyester.

Ini kerana bahan tersebut mempunyai pengudaraan dan daya resapan yang baik.

Selain itu, pelajar juga boleh memakai kasut yang diperbuat daripada kanvas asalkan ia mengambil faktor 3S iaitu keselamatan, keselesaan dan kesihatan.

Penguatkuasaan ini juga membatalkan SPI Bilangan 10 Tahun 2018: Pelaksanaan Pemakaian Kasut dan Stoking Hitam oleh murid sekolah KPM.

Walau bagaimanapun,murid-murid perlu menggabungkan arahan peraturan baru tersebut sekali dengan SPI Bilangan 3 Tahun 1983: Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah.

Jadi, murid sekolah rendah dan menengah mempunyai pilihan sama ada berkasut dan memakai stoking putih atau hitam atau kedua-duanya sekali mengikut hari persekolahan dari Isnin sehingga Jumaat.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Kelonggaran tersebut adalah bukti KPM prihatin untuk memudahkan urusan ibu bapa bagi memenuhi keperluan persekolahan anak-anak mereka.

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok